Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Pembekal air terawat Johor, Ranhill SAJ sdn. bhd., menerima peruntukan lebih RM120 juta sebagai inisiatif strategik kerajaan dalam mentransformasikan industri air negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pembekal Air Terawat Johor, Randhill SAJ, sedang berhad menerima peruntukan lebih RM120 juta di bawah Program Pengurangan Kadar Air Tidak Berhasil atau NRW Kebangsaan.
00:13Dana itu disalurkan menerusi bayaran imbuhan balik oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air atau PETRA bagi menyokong pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi dan mampan.
00:23Menurut Ketua Pegawai Operasi Randhill SAJ Khairul Afandi Tussam, syarikat mencatat kadar NRW terendah dalam tempoh 5 tahun berjumlah 24.1% pada 2023, lebih baik daripada sasaran nasional iaitu 24.5%.
00:42Dana itu akan digunakan untuk menggantikan pipe lama, memasang peralatan pengesanan kebocoran serta memperluas sistem pengukuran meter daerah demi meningkatkan pemantauan dan kecekapan sistem bekalan air kepada lebih 4 juta pelanggan di Johor.
00:57Geran berkenaan sebahagian inisiatif strategi kerajaan dalam mentransformasikan industri air negara dan hanya diberikan kepada operator yang menunjukkan prestasi cemerlang.
01:06Dua lagi operator iaitu Air Selangor dan syarikat Air Terengganu 1 turut menerima geran padanan dalam madlis yang disempurnakan timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri PETRA, Datuk Seri Fadilah Yusof.
01:18Langkah ini diharap dapat terus memacu kecekapan dan kelestarian industri air demi kesejahteraan rakyat.

Recommended