Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia disifatkan sebagai sangat memberangsangkan dengan potensi perdagangan dan pelaburan dianggarkan antara 5 hingga 10 Bilion Dolar Amerika Syarikat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Segment pertama lawatan rasmi Perdana Menteri Dato' Sri Arno Ibrahim ke Rusia disifatkan sebagai sangat memberangsangkan dengan potensi perdagangan dan pelaburan dianggarkan antara 5 hingga 10 bilion dolar AS.
00:14Sepanjang lawatan ke Moskow yang bermula pada Selasa, Perdana Menteri juga mengadakan pertemuan dengan kalangan pemain industri, kata setiausaha politik Perdana Menteri Muhammad Kamil Abdul Munim.
00:24Katanya antara sektor yang diberi penekanan adalah industri halal. Industri berkenaan dilihat mempunyai potensi besar berikutan populasi Muslim di Moskow dianggarkan antara 1.5 juta hingga 2 juta daripada lebih 13 juta penduduk kota tersebut.
00:42Muhammad Kamil juga berkata beberapa isu penting telah dibincangkan termasuk lanskap perdagangan global yang tidak menentu.
00:49Ujarnya, langkah itu dijangka melonjakkan sektor pelancongan ke dua-dua negara yang meningkat dengan ketara dari segi jumlah pelawat sejak dua tahun lepas.
00:59Perdana Menteri yang sedang dalam rangka lawatan rasmi selama empat hari bermula 13 Mei tiba di Kazan pada Khamis bagi meneruskan segmen kedua lawatan yang dijadual berakhir pada Jumaat.
01:10Anwar dijangka menyampaikan ucap pertama bertemakan pendigitalan pada Forum Ekonomi Antarabangsa Rusia Dunia Islam ke-16 Kazan Forum 2025 yang menjadi acara kemuncak lawatan rasminya ke Rusia.
01:23Terima kasih.
01:24Terima kasih.

Recommended