Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor supaya tidak menjadikan DUN sebagai bahan ketawa rakyat.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Jangan percakaran jadi budaya. Jangan jadikan Dewan Undangan Negeri DUN sebagai bahan ketawa rakyat.
00:08Itu peringatan dititahkan pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail kepada semua 56 adun negeri itu ketika perasmian persidangan DUN pada Jumaat.
00:17Pak Ginda menitahkan supaya semua adun menumpukan perhatian terhadap tanggungjawab dan khidmat kepada rakyat.
00:24Jangan biarkan percakaran menjadi budaya dan jangan jadikan Dewan ini bahan ketawa rakyat.
00:36Saya turut ingin mengingatkan semua ahli Dewan Undangan Negeri bahawa sekarang bukan musim pilihan raya Johor.
00:46Setiap daripada anda telah dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat.
00:50Jadi sila fokus kepada tanggungjawab tersebut.
00:56Bangsa Johor memerlukan adun yang bertanggungjawab dan berkesan untuk berkhidmat
01:02serta membantu negeri ini terus membangun serta meningkatkan taraf hidup rakyat Johor.
01:09Baginda turut memberi peringatan mengenai kemuliaan Dewan Persidangan Dun Johor
01:14dan tidak menjadikannya sebagai tempat bertelagah melepaskan emosi atau kepentingan politik wakil rakyat.
01:20Terima kasih kerana menonton!