Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi mengulangi hasratnya untuk mengambil alih Semenanjung Gaza dan menjadikannya sebuah "zon kebebasan".

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengulangi hasratnya untuk mengambil alis menanjung Gaza dan menjadikannya sebuah zon kebebasan.
00:08Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis meja bulat perniagaan di Qatar pada Kamis.
00:15Trump berkata tiada lagi yang tinggal untuk diselamatkan di wilayah Palestine itu yang kini musnah teruk akibat serangan berterusan Israel sejak Oktober 2023.
00:23Beliau katanya telah melihat gambar dari udara dan hampir tiada bangunan yang masih berdiri dan penduduk tinggal di bawah runtuhan bangunan musnah dan ia tidak boleh diterima.
00:33Trump teruk menyatakan beliau akan berbangga sekiranya Amerika Syarikat mengambil alis Gaza dan menjadikannya satu zon kebebasan.
00:41Presiden itu sebelum ini pernah menyuarakan cadangan serupa pada Februari lalu termasuk merancang untuk membangunkan semula Gaza dan memindahkan penduduk Palestine ke tempat lain.
00:50Cadangan itu disifatkan sebagai pembersihan etnik oleh masyarakat antarabangsa termasuk Palestine, negara-negara Arab dan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB.
00:59Cadangan Trump itu jika direalisasikan akan menyaksikan keterlibatan Amerika Syarikat secara langsung dalam konflik Israel-Palestin.
01:06Satu langkah yang bakal menjadi campur tangan terbesar Washington di Asia Barat sejak pencerobohan ke atas Irak pada tahun 2003.

Recommended