Simpan minyak masak: Pengurus restoran nasi kandar didenda
Padah menyimpan barang kawalan, 1,241 kilogram minyak masak di premis yang tidak dilesenkan, seorang pengurus syarikat sebuah restoran nasi kandar didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.
Hakim Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap Das Jhonny Chandra, 38, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728590/berita/semasa/pengurus-restoran-nasi-kandar-didenda-rm100000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #simpanminyakmasak #barangkawalan

Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pada menyimpan barang kawalan, 1,241 kilogram minyak masak di premis yang tidak dilesenkan,
00:06seorang pengurus syarikat sebuah restoran nasi kanda di Seremban didenda RM100,000 oleh Mahkamah Session Seremban pada Khamis.
00:14Hakim Mohd Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap Das Joni Chandra, 38 tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.
00:22Hakim turut memerintahkan hukuman penjara 6 bulan sekiranya gagal membayar denda selain memutuskan agar exhibit dilucut hak kepada pihak pendakwaan serta pasport tertuduh dikembalikan.
00:34Mengikut pertuduhan, orang kena saman, OKS, yang merupakan warga Bangladesh telah didapati menyimpan barang kawalan iaitu minyak masak seberat 1,241 kilogram di dalam tong jeri di premis yang tidak dilesenkan.
00:48Kesalahan itu dilakukan di sebuah hostel pekerja restoran di Dataran Sentral, Seremban kira-kira jam 3 suku petang pada 26 April 2024.
00:59Berikutan itu, OKS telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 20 Kurungan 1 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 Kurungan 1 Akta Sama.
01:11Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
01:20Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM3 juta atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
01:29Terima kasih kerana menonton!