Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Lima sekawan nafi cederakan pelajar Tingkatan Lima

Lima sekawan termasuk dua remaja lelaki bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu atas dua pertuduhan menyebabkan cedera parah ke atas seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun seperti yang tular pada 9 Mei lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Kesemua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas pertuduhan dibacakan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728385/berita/semasa/lima-sekawan-tak-mengaku-cederakan-pelajar-tingkatan-lima

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesbuli #mahkamah #Seremban

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lima sekawan termasuk dua remaja lelaki bawah umur didakwa di Mahkamah Magistrat Seremban pada rabu atas dua pertuduhan menyebabkan cedera parah ke atas seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun yang tula 9 Mei lalu.
00:13Kesemua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Magistrat Nurul Sakinah Rosli selepas pertuduhan dibacakan.
00:20Tertuduh Syazrin Shah Mohd Nurazam, 19 tahun, Nur Arif Farhan Ismail, 21 tahun, Nur Ezwan Ezanya Rohaizat, 24 tahun dan dua pesalah bawah umur masing-masing berusia 17 tahun.
00:34Mengikut pertuduhan pertama, kesemua tertuduh bersama-sama yang masih bebas dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah ke atas seorang mangsa lelaki berusia 17 tahun.
00:44Kesalahan itu dilakukan di Gelanggang Futsal Kampung Sentosa Jaya, Seremban kira-kira jam 11 malam pada 8 Mei lalu.
00:53Sehubungan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Akta Sama.
01:00Bagi pertuduhan kedua, di lokasi dan masa sama, mereka dengan yang masih bebas berhimpun secara berkumpulan menggunakan kekerasan atau keganasan dengan mendatangkan cedera pada mangsa yang sama.
01:12Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Mahkamah menetapkan 16 Jun depan untuk sebutan semula kes, laporan perubatan, serahan dokumen serta lantikan peguam.

Recommended