Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
'Saya tak dera, anak saya terjatuh' - Ibu mengaku tidak salah dera bayi 2 bulan

Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, pada Selasa, atas tuduhan melakukan penderaan terhadap bayi mereka berusia dua bulan pada minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Tertuduh Nur Khairunnisa Jusni dan suaminya, Muhamad Nor Azim Abdullah masing-masing berusia 22 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesderabayi #mahkamah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesen Alor Gajah pada selasa atas tuduhan melakukan penderaan terhadap bayi mereka berusia dua bulan pada minggu lalu.
00:10Tertuduh Nur Khairun Nisa Jusni dan suaminya, Muhammad Nur Azim Abdullah masing-masing berusia 22 tahun bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aizah Khairuddin.
00:23Sejurus dibacakan pertuduhan itu, Nur Khairun Nisa mengatakan tidak melakukan perbuatan itu namun mendakwa anaknya terjatuh selepas ditanya pihak Mahkamah.
00:34Berdasarkan pertuduhan, Operator Kilang dan Suri Rumah itu didakwa melakukan pengabayan terhadap bayi lelaki berusia dua bulan di Taman Seri Pelangi, Alor Gajah antara 2 Mei hingga 5 Mei lalu.
00:45Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 31-1-A Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Mahkamah menetapkan 12 Jun depan untuk sebutan semula kes.
00:59Sinar harian pada 6 Mei lalu melaporkan seorang bayi bertarung nyawa di Hospital Melaka akibat mengalami pendarahan dalam kepala, luka dan lebam selepas dipercayai didera.
01:10Menurut sumber, insiden menimpa bayi tunggal pasangan itu terbongkar selepas si ibu membawa anaknya ke Hospital Alor Gajah dengan mendakwa bayi tersebut mengalami sawan.

Recommended