Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Khamis atas dua pertuduhan menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik pergigian secara haram di sebuah rumah tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.

Tertuduh, Nur Hafizah Harun, 21, yang merupakan seorang penganggur, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728556/berita/semasa/wanita-tak-mengaku-tawar-khidmat-doktor-gigi-haram

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #DoktorGigiHaram
Transcript
00:00Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session di Seremban pada Khamis
00:04atas dua pertuduhan menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik pergigian secara haram di sebuah rumah tahun lalu.
00:11Tertuduh Nur Hafizah Harun, 21 tahun yang merupakan seorang penganggur,
00:16didakwa menjalankan amalan pergigian sedangkan beliau bukan pengamal pergigian berdaftar di bawah Akta Pergigian 2018 Akta 804.
00:24Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Nusa Intan, Senawang, Seremban pada 6 Disember 2024 kira-kira jam 8.50 malam.
00:34Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 62 Kurungan 1 Akta Pergigian 2018 Akta 804 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 62 Kurungan 3 Akta yang sama.
00:45Mengikut pertuduhan kedua, pada tarikh dan lokasi yang sama,
00:50tertuduh didakwa menyediakan sebuah klinik pergigian swasta yang tidak didaftarkan di bawah Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 998 Akta 586.
01:02Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.
01:07Tertuduh juga diarahkan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.
01:13Mahkamah menetapkan 12 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes.

Recommended