Kubis Goreng Telur ini tak sampai 10 minit dah siap, tapi rasa dia memang padu. Menu simple tapi memang buat naik selera makan. Rangup kubis, lemak telur, tumis dengan bawang putih & cili merah – fuhhh terangkat, sekali rasa terus terbayang nasi panas. Jom masak, confirm suami dan anak berebut!
Ikut je resepi nya:
📝 Bahan-bahan:
1/2 biji kubis bersaiz sederhana (dihiris halus)
1 Batang Lobak merah
3 biji telur
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
Daun bawang
Minyak masak
1 Sudu kecil Kicap masin
2 Sudu besar Sos Tiram
Garam secukup rasa
Serbuk perasa / stok ayam (jika suka)
Cili merah (pilihan)
🍳 Cara Memasak:
Sediakan bahan: Hiris kubis, dan cincang bawang putih. Pecahkan dan pukul telur dalam mangkuk kecil, tambahkan sedikit garam.
Tumis bawang: Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan dauan bawang hingga wangi dan kekuningan.
Masukkan kubis dan lobak merah: Tambahkan hirisan kubis dan lobak merah ke dalam kuali. Gaul rata dan goreng sehingga kubis layu dan sedikit lembut. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
Masukkan telur: Tuang telur yang telah dipukul ke tengah, kacau hingga telur masak dan kemudian gaul bersama kubis.
Perasakan: Masukkan garam, serbuk lada sulah dan serbuk perasa mengikut citarasa. Gaul hingga sebati.
Siap untuk dihidang: Angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih.
#majalahrasa #rasashare #minitekspress #kubistelur #resipisayur #ingatmakaningatrasa #resipimudah

Category
🛠️
LifestyleTranscript
00:00Assalamualaikum. Hari ni kita nak masak kubis goreng telur.
00:05Jadi pertama sekali kita kena ada kubis, hiris nipis macam ni.
00:08Ikutlah berapa orang nak makan.
00:10Dan seterusnya satu batang lobak merah dihiris nipis macam ni juga.
00:14Seterusnya lima ulas bawang putih.
00:17Kenapa saya suka buat bawang putih macam ni?
00:18Kerana bawang putih yang dilenyet mudah larut dalam minyak dan lebih cepat masak berbanding yang dihiris dan dicincang.
00:24Jadi jembat masa kat situ kan.
00:26Baiklah seterusnya hiris daun bawang.
00:28Daun bawang ni berapa banyak? Ikut yang anda suka.
00:31Dan seterusnya panaskan minyak.
00:33Masukkan tiga biji telur dan goreng dia sehingga hancur.
00:37Bila dah masak dia sehingga hancur dan nampak matang sikit telur tu asingkan dia ke tepi.
00:43Dan seterusnya kita akan tomis bawang putih dan daun bawang.
00:47Aduh-aduh minyak ni muka cik. Aduh sakitnya.
00:50Dan tomislah sehingga naik bau.
00:52Lepas tu masukkan kubis dan lobak merah.
00:56Masak dan kacau rata.
00:57Masukkan pula air.
01:00Kerana apa?
01:01Kerana nak mencepatkan proses masak tu supaya sayur tu cepat layu.
01:05Dan masukkan kicap masin, sos tiram dan masukkan juga garam secukup rasa serta kub ayam.
01:13Jadi anda masak dan gaul rata.
01:15Bila nampak sayur tu dah layu sedikit.
01:18Lepas tu barulah masukkan telur goreng yang kita asingkan tadi tu.
01:23Dan kacau dia rata.
01:25Dan jangan lupa dah buat menu ni masak nasi lebih.
01:28Dan tambah pula cili merah.
01:29Cili merah ni sebagai optional lah kan.
01:32Jadi bila dah masak kan tu, sediap-sedialah untuk dihidang.
01:37Selamat mencuba ya.
01:38Ingat makan, ingat rasa.