Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Ni la lauk penyelamat bila lapar tapi malas fikir menu. Udang Goreng Ketagih – masak simple, rasa luar biasa! Cukup rasa, cukup pedas, cukup buat orang minta nak lagi! Ini resipi nya:

Udang Goreng Padu
Bahan-bahan:
• Udang 300g – bersihkan
• Sedikit garam
• 3 ulas bawang putih (cincang)
• Cili padi (ikut tahap pedas)
• 1 sudu makan kicap masin
• 1 sudu makan sos tiram
• 1 sudu kecil perasa (ajinomoto/maggi cukup rasa)
• Daun bawang (dihiris untuk tabur)
Cara Memasak:
1. Goreng udang dengan sedikit garam hingga tukar warna. Asingkan.
2. Tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
3. Masukkan udang tadi bersama kicap, sos tiram, dan perasa.
4. Gaul rata dan tabur daun bawang sebelum dihidang.

#majalahrasa #rasashare #minitekspress #udanggorengketagih #resipiudang #ingatmakaningatrasa #resipi #resepi #recipe #resipimudah
Transcript
00:01Assalamualaikum. Hari ni kita nak buat udang goreng padu.
00:05Tunggu apa lagi? Jom kita buat. Let's go.
00:07Ok, first sekali potong 5 biji cili padi.
00:10Potong kecil-kecil macam ni.
00:12Seterusnya 4 ulas bawang putih pun cincang halus.
00:16Dan seterusnya lah daun bawang.
00:18Panaskan minyak. Kita goreng udang ni.
00:21Sehingga bertukar warna kemerahan dan letak sedikit garam.
00:25Dan gaul rata sampai dia masak lah.
00:27Kemudian minyak yang tadi tu kita tomes bawang putih dan cili padi sehingga dia naik bau.
00:32Dan kita masukkan semula udang yang kita telah goreng tadi.
00:35Gaul rata.
00:36Seterusnya masukkan 1 sudu kecil-kecap masin.
00:39Sos tiram.
00:40Perasa secukupnya.
00:41Dan gaul bagi rata bagi dia meresap segalanya dalam isi tu.
00:45Dan masukkan pula daun bawang.
00:47Masakkan seketika.
00:49Jangan sampai layu sangat daun bawang tu.
00:50Dah siap untuk dihidang.
00:51Makan rata dengan nasi putih memang padu.
00:54Ingat makan. Ingat rasa.
00:57Terima kasih kerana menonton!