Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Mahkamah Rayuan Putrajaya tetapkan keputusan rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketepikan sabitan bersalah serta hukuman atas empat pertuduhan babit kesalahan subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram pada 25 Jun depan.
Transcript
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera.
00:30Timbalan pendakwa raya Dato' Wan Syahrudin Wan Ladin mengesahkan demikian, kritika dihubungi media selepas pengurusan kes yang dijalankan secara dalam talian.
00:39Pada 17 April lalu, panel tiga hakim diketuai Dato' Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama Dato' Azman Abdullah dan Dato' Norin Badarudin berkata,
00:49Mahkamah akan menetapkan tarikh lain bagi keputusan rayaan itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan Syed Saddiq.
00:57Mahkamah sebelum ini menetapkan 19 dan 20 Mac serta 17 April bagi proseding pendengaran rayuan Syed Saddiq bagi kes itu.
01:06Pada 9 November 2023, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato' Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara 7 tahun, 2 sebatan dan denda RM10 juta selepas mendapati ahli politik itu bersalah atas 4 pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram berkaitan dana armada.
01:27Terima kasih telah menonton!
01:29Terima kasih telah menonton!
01:31Terima kasih telah menonton!

Recommended