Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Istanbul, Turkiye pada Rabu, menyebabkan sekurang-kurangnya 236 orang cedera. Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), pusat gempa terletak di daerah Silivri, Istanbul.
Transcript
00:00Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala rita melanda Istanbul-Turki pada Rabu menyebabkan sekurang-kurangnya 236 orang cedera.
00:10Menurut pihak berkuasa pengurusan bencana dan kecemasan AFAD, pusat gempa terletak di daerah Silivri, Istanbul.
00:18Gempa berlaku pada 12.49 waktu tempatan dan dirasai di seluruh Istanbul serta wilayah-wilayah berdekatan menyebabkan orang ramai bertempiaran lari meninggalkan bangunan.
00:30Menteri Dalam Negeri Ali Yair Likaya berkata gempa berlaku pada kedalaman hampir 7km dan berlanjutan selama 13 saat.
00:37Pejabat Gabino memaklumkan bahawa 236 cedera selepas terjun dari tempat tinggi akibat panik.
00:42Mereka kini sedang menerima rawatan di hospital.
00:45127 gempa susulan direkodkan setakat 5.55 petang dengan manitid tertinggi berukuran 5.9 pada skala Richter.
00:53Sementara itu, Menteri Alam Sekitar, Perbandaran dan Perubahan Iklim berkata 378 laporan kerusakan struktur diterima melalui talian kecemasan 112.
01:03AFAD dalam kenyataannya memaklumkan bahawa tiada laporan kematian atau kemusnahan besar diterima setakat ini berdasarkan penilaian laporan yang diterima daripada pusat panggilan kecemasan 112.
01:12Semua agensi berkaitan dan pasukan tidak balas digerakkan, manakala penilaian sedang dijalankan bagi menilai kerusakan dan memastikan keselamatan awam.
01:20Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dalam satu penyataan ringkas mengucapkan takziah dan mendoakan keselamatan semua rakyat serta memberi jaminan kerajaan sedang memantau situasi secara dekat.

Recommended