Seramai 1.9 juta pengunjung dijangka menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 yang akan diadakan bermula 23 Mei hingga 1 Jun ini.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Seramai 1.9 juta pengunjung dijangka menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PBA KL 2025 yang akan diadakan bermula 23 Mei hingga 1 Jun ini.
00:12Pengurusi Pengelola PBA KL Mohd Khair Ngadirun berkata, tahun lalu 1.8 juta pengunjung direkodkan sepanjang 10 hari Pesta itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia WTC Kuala Lumpur.
00:24Mohd Khair berkata, tahun lalu sasarannya adalah 1.5 juta pengunjung namun mengejutkan apabila ia melebihi sasaran ditetapkan.
00:33Beliau turut yakin sasaran 1.9 juta pengunjung tahun ini mampu dicapai berdasarkan sambutan oleh pemain industri yang memberangsangkan.
00:41Mohd Khair juga berkongsi bagaimana pengalaman tahun lalu di mana penganju terpaksa membina Dewan Baharu bagi memenuhi keperluan pemain industri yang semakin meningkat.
00:49Beliau ditemui di majlis pra-pelancaran PBA KL 2025 di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka DBP yang disempurnakan Ketua Pengarah Pendidikan Dato' Azman Adnan.
01:00Mohd Khair berkata, PBA KL kali ini akan menampilkan 1,113 reruai membabitkan 258 syarikat termasuk 28 syarikat dari luar negara.
01:09Katanya, Pesta itu meneruskan kerjasama dengan platform e-dagang Shopee dan TikTok untuk menggalakkan capaian pembaca dalam talian selain memberi peluang kepada orang ramai dari luar ibu kota untuk mendapatkan bahan bacaan sama seperti di PBA KL.
01:23Selain itu, antara kelainan PBA KL 2025 kali ini adalah penampilan 4 pavilion khas iaitu Pavilion Al-Falah iaitu Gabungan 14 Agensi Agama, Pavilion Kementerian Pendidikan KPM, Pavilion Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Perpaduan Negara.