Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Mohamad Sirajuddin Jalil, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), membincangkan isu ancaman siber yang semakin maju dan langkah-langkah untuk memperkukuh pertahanan digital Malaysia.
Transcript
00:00Baik, kita nak teruskan dengan perbincangan melihat kepada isu cyber di mana kalau kita telitikan ancaman cyber yang semakin meluas dan perlunya benteng yang kukuh untuk Malaysia terutamanya menepani cabaran cyber yang semakin maju ini.
00:18Jadi bersama dengan saya di studio pada ketika ini, tidak asing lagi, Saudara Muhammad Syirajudin Jalil, Presiden Persatuan Pengguna Cyber Malaysia. Syiraj, terima kasih sudah hadir ke Israwan ini. Belum terlambat lagi nak ucap selamat air raya.
00:30Pertama sekali, kalau kita bercakap berkenaan dengan ancaman cyber ini, kalau kita telitikan kerugian 12.8 bilion dolar Amerika yang tahun lepas sebenarnya satu perkara yang mengejutkan, satu angka yang cukup besar dengan kalau kita lihat ini mencerminkan kelemahan.
00:51Adakah, soalan pertama saya, adakah itu mencerminkan kelemahan dalam kita nak bergerak maju ke hadapan dengan jumlah kerugian sebesar 12.8 bilion dolar Amerika ini, adakah sebenarnya kita masih lagi keterbelakang dalam nak meletak benteng pertahanan itu?
01:083% KDNK yang nilainya. Sangat besar dan juga kalau letakkan nilai itu sebagai satu industri, dia adalah satu industri yang sepatutnya memberi peluang pekerjaan yang cukup banyak.
01:20Betul. Tetapi angka itu sebenarnya bukan memberi peluang pekerjaan tapi menarik, meragut nilai kewangan rakyat yang cukup banyak.
01:28Jadi apabila kita menyentuh tentang isu keselamatan cyber di kalangan pengguna rakyat Malaysia, isu ini bukan lagi isu yang boleh difikir oleh hanya sebahagian pihak pemikir.
01:41Dia sudah masuk dalam fasa yang menjadi elemen keselamatan negara kita dan juga dia menjadi sepatutnya asas kepada semua rakyat Malaysia, baik ibu bapa, baik rakyat dalam industri pekerjaan dan juga khusus dalam konteks ini perbincangan.
02:00Saya akan lebih menjurus kepada soal pendidikan kerana pendidikan itu menjadi tunjang kepada sikap daripada sikap itu baru, sorry pendidikan itu menjadi tunjang kepada kesedaran dan kesedaran itu membentuk sikap.
02:15Jadi rantaian ini belum ada dalam aspek keselamatan cyber dalam negara kita di mana asas pendidikan itu mungkin pada tahun 1990-an telahpun diperkenalkan literasi komputer.
02:26Tetapi hari ini konteks literasi digital sudah berubah dan berbeza. Waktu itu literasi komputer mungkin lebih kepada menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan teknologi.
02:38Hari ini kita perlu sedar bahawa menggunakan teknologi bukan menjadi isu lagi sebab seawal satu tahun anak-anak dah didedahkan dengan tablet dan sebagainya.
02:48Hari ini perkara terpenting yang patut ada dalam sistem pendidikan negara adalah literasi digital yang mengarah kepada pemikiran keselamatan.
02:59Saya metik ayat pemikiran keselamatan daripada Dr. Nirwandi, UITM.
03:04Dia pernah di awal ini bercakap tentang pemikiran keselamatan.
03:07Pemikiran keselamatan hari ini perlu ada dilahirkan daripada aspek pendidikan literasi digital yang perlu ada di peringkat sekolah baik sekolah rendah maupun sekolah menengah.
03:19Betul. Saya rasa zaman saya sekolah dulu ada subjek ETS dan sebagainya nak menggunakan, nak mengaplikasi teknologi komputer itu.
03:30Tapi sekarang ini perubahannya itu perlu dilakukan. Jadi dari segi kesediaan adakah Siraj memandang bahawa kerajaan meletakkan ataupun kita berada di landasan yang tepat dalam nak memberi pendidikan dan ilmu itu dalam mendepani cabaran ini?
03:46Hari saya mempandangkan benda itu dah ada dalam menu. Kita pergi restoran dah ada dalam menu. Soal kita nak makan apa, pilih.
03:54Sebab dalam dasar pendidikan digital negara kita telahpun dinyatakan tentang kepentingan literasi digital.
04:01Bukan hanya di Malaysia, bahkan Malaysia merujuk kepada framework yang ada, dasar yang ada di peringkat ASEAN, bahkan di peringkat EU, bahkan di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
04:14Kerangka literasi digital ataupun digital literacy framework telahpun diterbitkan oleh pihak UNESCO.
04:20Cukup terperinci, Haris. Daripada kosong senggatannya hingga ke kerangka ke-6.
04:27Merangkumi soal tentang bagaimana awal ilmu menggunakan peranti, kemudian masuk kepada bagaimana ilmu tentang menghadam maklumat dalam dunia internet termasuk platform media sosial.
04:39beralih kepada bagaimana kemahiran untuk ataupun pengetahuan tentang menghasilkan kandungan, ke tahap bagaimana tentang keselamatan, merangkumi soal keselamatan kita melibatkan kesihatan.
04:51Termasuk juga soal kita punya kerjaya terkait tentang teknologi. Jadi ukuran itu telahpun wujud dalam ilmu tentang literasi digital.
05:00walaubagaimanapun ia kurang ataupun tidak jelas di peringkat pelaksanaan, di peringkat sekolah menengah ataupun di peringkat sekolah rendah.
05:07That's why di peringkat Pesatuan Pengguna Cyber Malaysia kita berharap bahkan kami telahpun melakukan satu inisiatif di Negeri Sembilan.
05:14ada tiga sekolah insyaAllah minggu depan kita mulakan usaha bersama dengan YASAN Negeri Sembilan untuk melaksanakan program secara ringkas, padat, mudah diduplikasi iaitu program mendidik literasi digital dan juga kepimpinan digital di kalangan sekolah rendah dan juga ada tiga sekolah pilot inisiatif kami dan juga kerajaan negeri.
05:38supaya dia menjadi titik tolak untuk melihat pendidikan itu ada. Sebab kalau tak ada pendidikan Haris, kita kena ingat zaman merdeka kita.
05:47Kalaulah leluhur kita tidak menekankan tentang kepentingan pendidikan kepada kita, kita takkan rasa negara kita hari ini Haris.
05:55Yaitu saya selalu ingatkan bahawa pendidikan menjadi tunjang kepada kecelaruan.
06:00Kecelaruan yang tidak ditunjangi pendidikan maka kita akan terus menghasilkan kecelaruan.
06:05That's what we call it dunia cyber. Dasar kerajaan yang menggalakkan kita menggunakan digital, pembayaran tanpa tunai, menggalakkan seperti penjawat awam untuk menggunakan AI tanpa anda pemahaman.
06:17Contohnya, apakah indeks literasi digital kita? Kita bercakap tentang ramai yang jadi mangsa skam. Apakah indeks literasi digital dalam negara kita?
06:28Indeks literasi digital di kalangan penjawat awam. Berapa peratus sebenarnya penjawat awam yang faham pun tentang keselamatan?
06:34Contoh pesara sebagai contoh yang selalu jadi mangsa skam ni.
06:38Dan mungkin hasil daripada pendidikan, satu sistem dibuat, mungkin ada satu mekanisme macam kita exam sejarah lah Haris.
06:46Kalau kita tanya awak sejarah dapat apa? Saya dapat I.
06:50Maknanya kita tahu sebab mana dia malas belajar, tak pergi sekolah dan kalau dia tak tahu siapa Perdana Menteri pertama kita, maknanya kita tahu.
06:59Dia memang orang yang buta sejarah. Tapi kalau hari ini kita cakap dia tentang tak kena skam, kita nak salahkan dia 100% pun tak boleh sebab pihak kerajaan bertanggungjawab menyediakan pengetahuan kepada dia.
07:13Walaupun usaha sesetengah pihak, independen. Maknanya secara peribadi mencari maklumat. Itu bagus.
07:20Tetapi mengharapkan sandaran independen itu dalam struktur membangunkan kerangka negara kita ini sehingga ke tahap merugikan 3% KDNK itu tak boleh Haris.
07:29Kita perlu meletakkan satu cara yang lebih sistematik. Jadi apa caranya? Kita perlu mengukur seawal mungkin satu generasi.
07:37Tahun ini cantik Haris. Sebab semua sekolah ganda adalah gen alpha.
07:40Betul.
07:41Semua pelajar sekolah ganda adalah batch akhir generasi Z. Dan tahun ini adalah kelahiran generasi beta.
07:46Jadi kalau melihat pada senggatan generasi, kerajaan mengambil usaha untuk menyusun ayat reform itu.
07:54Reformasikan sistem pendidikan selari dengan hasrat kerajaan untuk mendigitalkan segala benda.
08:00Jadi kalau ada sistem pendidikan yang cantik, maknanya mereka ini secara tak langsung juga Haris.
08:05Anak-anak kepada pasangan ibu bapa.
08:08Mereka boleh menjadi organik sub-agent menjadi sub-agent memberi percerahan kepada ibu bapa.
08:14Ingat kempen merokok. Kalau di sekolah, kemudian balik ke rumah, anak-anak akan nasihat.
08:20Cikgu cakap jangan risau rokok. Sebab di sekolah ada ajar, jangan risau rokok.
08:25Jadi ibu bapa akan malu sendiri. Dan ibu bapa juga boleh menjadikan anak-anak mereka sumber ilmu untuk mereka tanya sekolah belajar apa.
08:33Jadi bayangkan hari ini, internet balik ke rumah, saya yakin majoriti rakyat Malaysia dengan kadar penumbusan internet kita lebih 90%.
08:40Bahkan kadar penumbusan media sosial pun lebih 90% hari ini, Haris.
08:45That's why kami menekankan soal pendidikan.
08:47Saya yakin ada perbincangan baru ini dibuat melibatkan berapa pihak yang menghasilkan kajian.
08:52Seperti yang kita sebut tadi, ada empat perkara domain disebut tentang evokasi, tentang menyusun tentang perkara.
09:00Bagi saya, enforcement tentang akta itu sudah cukup.
09:03Ada akta kesempatan seperti itu. Ditambah tahun ini, kerajaan nak buat akta jenayah cyber.
09:09Cukup dah. Kita tak nak sampai banyak sangat enforcement, akta terlalu banyak, akhirnya orang keliru.
09:15Orang tak faham apa ke edam itu.
09:17Yang penting pendidikan.
09:19Tanpa pendidikan, membentuk pengguna yang jahil.
09:21Pengguna yang jahil, maka apa yang kita agakkan daripada mereka?
09:24Masalah ialah, Haris.
09:25Kerugian lebih besar lah.
09:27Kerugian lebih besar.
09:27Dan ini terbukti, saban tahun.
09:30Kita jangan harap pasal COVID je.
09:32Tapi hari ini tak COVID pun, makin ramai, makin kena scan.
09:34Siraj, tapi kalau kita bercakap dalam konteks kerugian ini, adakah ianya sedikit sebanyak mencetuskan rasa,
09:41mungkin dalam kalangan mereka yang pesara ke warga emas ke, yang mungkin merasakan,
09:45eh tak payahlah nak scan-scan QR saya, go to conventional way.
09:50Contoh macam, saya bayar, buy cash lah.
09:52Eh tak nak lah digital ni, takutlah kena jadi mangsa scam.
09:55sehingga ianya melambatkan proses transformasi digital itu.
10:01Adakah Siraj merasakan sebegitu, mungkin akan menyebabkan, ya langkah kita, kita nak move forward.
10:08Tapi mungkin disebabkan oleh rasa takut, kerugian yang tinggi ini dan sebagainya, dia sedikit melambatkan progres itu.
10:16Dalam banyak usaha kempen ataupun pendidikan kesedaran yang kami buat, ada dua perbezaan outcome daripada pengguna,
10:25bila kita, ataupun daripada pendengar lah, bila kita berkongsi.
10:29Bila bercakap, mereka cuba faham, faham, tapi kesedaran belum cukup.
10:34Tetapi bila kami tunjulkan, bagaimana penggodaman berlaku terhadap peranti dia.
10:40Bagaimana proses scam itu secara realiti dilihat daripada mata mereka.
10:44Kesedaran yang meningkat berbeza, Haris.
10:47That's why ada satu teori komunikasi dipanggil protection motivation theory.
10:51Protection motivation theory ini,
10:52menekankan soal apabila satu ancaman itu dilihat secara nyata.
10:58Akan mengakibatkan pengguna itu, kesedaran yang meningkat ke tahap tertinggi.
11:04Dan kerisauan itu menjadi elemen evokasi paling berkesan dalam aspek jenayah.
11:10Sebab bila jenayah, kita tengok dalam filem banyak digambarkan tentang tindakan membunuh.
11:14Jadi orang tahu membunuh itu satu perbuatan yang sangat bahaya dan dibunuh apatah lagi, meragut nyawa.
11:21Jadi dalam konteks jenayah cyber, dia ada rantaian dan jenayah cyber bukan hanya soal skam.
11:28Ada jenis jenayah cyber yang membawa kepada maut.
11:30Seperti cyberbully.
11:31Ada jenayah cyber yang boleh meranapkan satu organisasi ke tahap ground zero.
11:38Hanya melalui meruntuhkan reputasi mereka.
11:40Jadi itu adalah aspek yang multi-effect.
11:45Cuma banyak mangsa hanya terasa jadi mangsa apabila mereka betul-betul jadi mangsa.
11:50Kemudian kesedarannya menjadi tinggi.
11:53Dan ada pula, Haris, bahayanya penjenayah cyber ini, pattern sekarang, dia pergi skam lagi bangsa skam.
12:02Maksudnya Haris kalau dah kena skam hari ini, dia akan crash ke jalan, dia skam lagi.
12:07Sekiranya dia tahu, Haris ada lagi duit.
12:10Jadi pattern macam begini penjenayah cyber ini, dia hati perut tak ada.
12:14Dia akan buat macam mana pula?
12:15Dia tahu situ lubuk, lubuklah.
12:17Kemudian dia tahu orang kena skam ini, panik.
12:19Nak cari jalan, nak dapatkan balik duit dia.
12:20Dia datangkan dengan tawaran, dia boleh selesaikan.
12:22Tapi kena bayar. Bayar pun kena skam lagi.
12:25Jadi, social engineering, mereka penjenayah cyber ini bukan hanya mengkaji soal kelompongan sistem.
12:31Tetapi mengkaji kelompongan sikap pengguna.
12:35That's why rantaian ini, kecelaruan ini perlu diselesaikan semula dalam satu sistem pendidikan, Haris.
12:40Saya akan kerap banyak cakap pasal benda ini.
12:43Sebab kita pernah cakap tentang akta.
12:46Alhamdulillah, kerajaan Madani ini dah buat akta itu.
12:48Dan ada banyak pula akta dipinda dan sebagainya.
12:51Kita bercakap soal tentang kempen kesedaran.
12:54Saya yakin semua pihak dalam Malaysia ini, baik perbankan, baik media, khususnya awal ini, pelbagai jenis kempen dah dibuat.
13:01Tetapi kita lihat outcome-nya apa.
13:03Meningkat lagi.
13:04Jadi, apa yang kita tertinggal?
13:06Dalam membentuk puzzle, satu puzzle yang kalau di pingkat kami lihat lompongnya jelas.
13:12Iaitu pendidikan.
13:14Kita masih gagal lagi meletakkan satu rujukan asas dalam masyarakat di mana kita nak tengok ilmu itu tersusun.
13:22Hari ini tak ada jawapan, Haris.
13:23Kalau tanya kita sendiri, kat mana?
13:26Dekat CSM ke?
13:27Dekat Naksa ke?
13:29Adakah Naksa yang menyediakan pendidikan kat kita yang kita kena wajib ikut?
13:34Tidak ada jawapannya.
13:35Jadi, kita nak satu generasi yang jelas unjuran ke depan itu bukan meningkatkan kadar.
13:42Menurunkan kadar.
13:43Kalau warga senior, mungkin ada satu alternatif boleh dibuat kerana tak boleh mewajibkan.
13:50Kecuali kalau kerajaan hari ini cukup ada iltizam yang kuat, mereka mungkin boleh keluarkan satu general public examination on membentuk berapakah bacaan kesedaran kita.
14:07Kalau itu dapat dibuatkan, saya yakin indeks literasi digital juga dapat diterbitkan kerana indeks itu belum wujud dalam negara kita.
14:13Okey, itu sebenarnya yang kita boleh gambarkan dan juga boleh kita harapkan.
14:18Tapi, Siraj, kita dah sampai di penghujung perbincangan.
14:20InsyaAllah, dari semasa ke semasa, kita akan terus bersiaran dan juga kita akan terus memberi fokus serta tumpuan.
14:25Seperti yang Siraj katakan, indeks literasi itu juga memainkan peranan yang penting.
14:29termasuk bagaimana inisiatif pasukan Siraj sendiri melalui MCCA dengan sekolah-sekolah sebenarnya untuk memberi pendidikan kepada generasi muda.
14:40Dan generasi muda itu sebenarnya boleh bagi nasihat kepada ibu bapa, atuk, nenek mereka boleh nasihat bagaimana nak memastikan bahawa benting cyber itu dapat dikukuhkan.
14:49Terima kasih, Saudara Muhammad Sirajudin Jala, Presiden Persatuan Pengguna Cyber Malaysia.
14:53Sekian, laporan ini agak awani untuk waktu ini.

Recommended