Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat awal pagi ini selepas hujan lebat lebih tiga jam, dengan penduduk dan kenderaan dipindahkan ke tempat selamat.
Transcript
00:00Beberapa kawasan di Pulau Pinang dinaiki air awal pagi Rabu sesulauan hujan lebat lebih 3 jam sejak malam tadi.
00:07Antara kawasan yang dilanda banjir kilat ialah Jalan Piramli, Kampung Masjid, Jalan Tiantek dan Green Garden di Georgetown dan Taman Siakap di Seberang Jaya dengan penduduk serta kenderaan mereka dipindahkan ke tempat selamat.
00:20Setakat ini tiada penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara PPS.
00:24Menurut Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM Daerah Timur Laut, pihaknya menerima maklumat awal berlaku banjir kilat dan beberapa kawasan dinaiki air pada 1.40 pagi selepas hujan lebat sejak 11 malam tadi.
00:36Berdasarkan pemantauan, pihaknya mendapati beberapa rumah dan laluan utama dinaiki air hingga kenderaan tidak dapat melalui kawasan tersebut.
00:43Menurut Jurucakap APM, hujan telah berhenti dan air mula surut pada 3 pagi.
00:47Tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa susulan kejadian itu.
00:52Terut dilanda banjir beberapa buah rumah di Taman Siakap.

Recommended