Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4 days ago
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan penghargaan terhadap Perdana Menteri Thailand itu atas komitmen beliau untuk mengukuhkan hubungan dua hala.
Transcript
00:00Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Thailand, Pertontan Shinawad, sahkan komitmen masing-masing untuk menangani isu tarif AS secara kolektif di peringkat ASEAN.
00:13Anwar yang kini dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Thailand berkata, delegasi dari Malaysia dan Thailand membincangkan perkara itu semasa mesyuarat dua hala mereka.
00:22Anwar melahirkan penghargaan terhadap Perdana Menteri Thailand atas komitmen beliau untuk mengukuhkan hubungan dua hala.
00:32Beliau juga menghargai kesediaan kerajaan Thailand untuk terus memajukan perjanjian sedia ada khususnya yang bertujuan untuk meningkatkan ekonomi bahagian utara Malaysia dan bahagian selatan Thailand.
00:42Dengan Thailand, kini rakan dagangan ke-6 terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan melebihi $25 bilion Amerika tahun lepas.
00:49Inisiatif ini akan membantu Malaysia mencapai sasaran $30 bilion menjelang 2027.
00:55Perdana Menteri berkata demikian semasa mesyuarat dua hala dengan Pertontan di Government House di Bangkok pada Khamis.
01:01Terdahulu, kedua-dua pemimpin menaksikan majlis menandatangan ini memorenda persefahaman MOU berhubung perjanjian pembinaan CA bagi projek Jabatan Rantau Panjang Sungai Golok.
01:11Sementara itu, pada sidang media kemudiannya, Pertontan berkata tiga topik utama dibincangkan dengan Anwar, iaitu projek Jabatan Sungai Golok,
01:19keamanan di wilayah selatan Thailand dan tarif Amerika.
01:23Mengenai Jabatan Sungai Golok, beliau berkata pembinaan sedang berjalan dan dijaga siap mengikut jadual.
01:28Pertontan berkata, kedua-dua pemimpin itu juga membincangkan bagaimana negara anggota ASEAN boleh bertindak balas secara kolektif terhadap tarif Amerika Syarikat.
01:37Terima kasih telah menonton!

Recommended