Mohd Na’im Mokhtar mengingatkan agar masyarakat tidak gopoh menghukum isu ibadah haji ketika pilihan raya, dan menunggu penjelasan rasmi daripada mufti dan institusi agama.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Menteri di Jabatan Perdana Menteri Halewal Agama, Datuk Dr. Mohd Naib Mokta menasihati masyarakat agar tidak terburu-buru mengeluarkan pandangan mengenai hukum menunaikan ibadah haji ketika musim pilihan raya.
00:12Beliau menjelaskan isu berkaitan hukum agama memerlukan penelitian mendalam.
00:16Pemahaman menyeluruh dan disiplin ilmu yang tinggi justru ia perlu dirujuk kepada mufti sebagai pihak yang mempunyai bidang kuasa.
00:23Mohd Naib menegaskan menjaga ketertiban masyarakat adalah penting bagi mengelakkan kekeliruan yang boleh menjejaskan keharumunian, khususnya apabila melibatkan rukun Islam dan proses demokrasi negara.
00:37Beliau menyeru semua pihak agar bertenang dan memberikan ruang kepada mufti serta institusi berbibawa untuk mengeluarkan pandangan berdasarkan hukum syarak dan mengambil kira konteks semasa secara berhemah.
00:49Sebelum ini Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan bahawa umat Islam di Malaysia perlu mengutamakan kebenaran politik berbanding menunaikan ibadah umrah dan haji dalam tempoh pilihan raya.
01:00Menurut beliau pandangan itu berasaskan peristiwa sejarah apabila Rasulullah SAW dihalang daripada menunaikan umrah yang akhirnya membawa kepada temeterannya perjanjian hudaibiyah antara pihak Islam dan Quraish.
01:12PRK Air Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Dr. Muhammad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional Abdul Mohaimin Malik dan calon Parti Sosialis Malaysia Babani KS.
01:24Suranjaya Penyaraya menetapkan hari pengundian pada 26 April manakala pengundian awal pada 22 April ini.