Professor Dr. Ahmed Razman, Pengarah Program MBA di Putra Business School (PBS), membincangkan unjuran inflasi Mac 2025. Dengan inflasi Februari 2025 hanya 1.5%, apakah potensi inflasi Mac? Harga santan segar naik 27%, adakah import kelapa oleh FAMA mencukupi untuk menstabilkan harga menjelang Ramadan? Kenaikan harga diesel sebanyak 19.3% membebankan, apakah tindakan kerajaan atau sektor swasta untuk kawal kos bahan api? Ikuti temubual eksklusif melalui Google Meet.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Dan saya akan membawakan tetamu kita setelah kita meliti bagaimanakah prestasi pembukaan ringgit beliaisnya berbanding dolar AS termasuk juga dengan prestasi pasaran tempatan.
00:10Saya akan tambah dengan perkembangan Jabatan Perangkaan yang dijangka akan mengeluarkan angka terkini indeks harga pengguna dan inflasi bagi bulan Mac pada tengah hari ini.
00:20Saya mempersilahkan Prof. Dr. Ahmad Razman, pengarah program MBA Putra Business School PBL.
00:24Saya nak ucapkan terima kasih Prof. Karnasuddin meluangkan masa bersama kami daripada data yang telah saya kongsikan melihat antara jarak terdekat nilai ringgit Malaysia berbanding dengan nilai mata wang utama dunia USD termasuk juga dengan prestasi pasaran tempatan ketika ini.
00:39Dalam tempoh seminggu, tempoh dekat mengalami naik turun yang amat ketara tetapi kita nak menilai prestasi bulanan kepada inflasi iaitu daya harga barang.
00:48Di mana kalau kita lihat pada Februari, inflasi haja 1.5% didorong terutamanya oleh kos perumahan, utiliti.
00:55Jadi adakah kita boleh jangkakan inflasi pada Mac akan kekal rendah atau ada potensi untuk melonjak lagi?
01:02Ya, apabila kita melihat keadaan inflasi memang pada Februari memang rendah 1.5% berbanding Januari 1.7% tetapi kita maklumlah bahawa pada bulan Mac iaitu bulan,
01:19dalam bulan ramadhan dan juga persediaan untuk hari raya maka saya melihat inflasi bulan Mac kemungkinan yang meningkat sedikit kerana permintaan yang tinggi terhadap barangan asas keperluan asas sempena perayaan besar di Malaysia.
01:43Tetapi saya melihat kalau dari sudut selepas ini, selepas bulan ini, bulan ini, bulan ini, bulan ini, bulan ini, bulan ini, adakah ia akan terus meningkat?
01:54Kalau kita lihat pola sebenarnya sentiasa di bawah 1.8% untuk 67 bulan sejak kebelakang ini.
02:06Oleh itu, selagi tidak ada berlaku rationalisasi subsidi untuk round 95, sekarang kita cuma ada diesel tapi kalau belum lagi berlaku,
02:18resursi subsidi subsidi round 95 dan juga kalau kita lihat tarif yang mahu dikenakan oleh Amerika Syarikat dipangguhkan selama 3 bulan,
02:28maka kadar inflasi untuk bulan Mac dijangka meningkat sedikit tetapi akan kekal stabil di bawah 1.8% untuk bulan itu, bulan ini dan bulan hadapan.
02:41Saya lihat tidak akan berlaku apa-apa orang kata peningkatan ataupun penurunan yang ketara.
02:48Dan kalau kita lihat, Prof, walaupun inflasi pengangkutan itu adalah aspek menyusut kepada kos 0.7%,
02:56kenaikan harga diesel sebanyak 19.3% nyata membebankan.
03:01Apakah antara tindakan kerajaan atau sektor swasa untuk kawal kos bahan api bagi pengguna dan perniagaan?
03:06Ya, apabila kita lihat pergerakan kadar kos pengangkutan dan juga diesel,
03:18kalau kita tengok kenapa ianya menyusut, kerana kerajaan melaksanakan resursi subsidi diesel,
03:28mereka akan memastikan bahawa impak kenaikan itu tidak akan menjejaskan pengguna.
03:36Walaupun berlaku kenaikan, tetapi kenaikan itu untuk industri yang,
03:42ataupun orang persendirian yang membeli minyak diesel untuk kenderaan masing-masing.
03:48tetapi kalau industri, apabila mereka memberi diesel, mereka masih lagi boleh menerima subsidi
03:56daripada kerajaan bergantung kepada sektor ataupun industri mereka.
04:02Oleh sebab itu, kita nampak walaupun resursi subsidi diesel ini telah dilaksanakan sudah lama,
04:10tetapi impak kadar inflasi adalah minimum kerana masih lagi banyak pemain industri mengikut sektor
04:20menerima subsidi daripada kerajaan yang membolehkan mereka mengawal kos operasi mereka.
04:27Tetapi impak itu akan dirasai oleh individu yang memiliki kereta diesel.
04:33Tetapi kebiasaannya individu yang memiliki kereta diesel ini adalah mereka yang mempunyai pendapatan tinggi.
04:39kalau mereka berniaga, walaupun ada berlaku kenaikan, tetapi kos pengangkutan itu bukan antara kos utama
04:49sebab kos yang utama lebih kepada kos pekerja dan juga kos bahan mentah.
04:54Dan disebabkan itulah, kalau kita lihat, walaupun ia meningkatkan kos pengangkutan mereka,
04:59tetapi secara kesuruhan, kadar peningkatan barangan makanan sebagainya
05:06masih lagi agak minimum iaitu tidak begitu ketara
05:12sejak resolusi subsidi diesel itu diperkenalkan.
05:15Saya nak pergi inflasi kepada peringkat negeri pula.
05:18Johor, Sarawak, Selangor dan Melaka merekodkan inflasi melebihi purata nasional 1.5% antara inflasi terkini.
05:25Jadi, apakah strategi khusus yang boleh dilaksanakan untuk selaraskan kadar inflasi di semua negeri pada tahap yang optimum?
05:33Ya, apabila kita melihat inflasi di setiap negeri, pertama kita kena fahamlah ia bergantung kepada penawaran dan juga permintaan.
05:46Dan jika di negeri tertentu, penawarannya tidak mampu memenuhi permintaan, maknanya tidak cukup bekalan, makin ia akan menyebabkan inflasi ini tinggi.
05:57Kadang-kadang, bekalan cukup tetapi permintaan itu tinggi.
06:03Sebagai contoh di Johor lah, kita tengok permintaan dia bukan datang daripada rakyat tempatan tetapi daripada jiran lah Singapura
06:13yang apabila matuan mereka semakin kukuh, maka mereka akan lebih cenderung berbelanja di Johor menyebabkan harga naik dengan ketara.
06:22Tetapi ada juga di negeri yang mana permintaan macam biasa tetapi penawaran itu kurang ataupun sukar untuk ditawarkan dengan segera.
06:34Mungkin sebagai contoh di Sarawak jika berlaku isu dari segi logistik ataupun rantai bekalan, makin ini juga akan menyebabkan inflasi meningkat.
06:44Oleh itu, cadangan untuk bagaimana memastikan inflasi ini boleh dioptimumkan untuk setiap negeri.
06:51Pertama, kena lihat dari segi logistik, dari segi rantai bekalan, dari segi kemudahan untuk menawarkan sesuatu barangan dan permintaan di setiap negeri itu
07:04tanpa ada kekangan. Pembangunan infrastruktur, jalan raya, rail, kereta api dan sebagainya itu memang penting
07:12untuk memastikan bahawa tidak berlaku, dipanggil apa, bottleneck ataupun kekangan untuk menawarkan satu barangan itu di satu tempat.
07:22Jadi, saya lihat itu yang boleh dilakukan untuk mengoptimumkan keadaan inflasi di setiap negeri
07:30dan memastikan tidak berlaku halangan dari segi pergerakan barangan dan juga penawaran perkhidmatan di setiap negeri tersebut.
07:38Baik, saya nak cakapkan terima kasih kepada Prof. Dr. Ahmad Razman, merupakan pengarah program MBA Putra Basis School PBS
07:44kerana bantu kami faham dan menilai bagaimanakah pergerakan inflasi Malaysia setakat ini dan apakah antara unjuran
07:52yang akan diumumkan setakat 12. Pada 12 tengah hari ini, insyaAllah akan kami bawakan bersama Kupasa Lanjut
07:59dan teruskan bersama kami untuk dapatkan bagaimanakah inflasi pada bulan Mac yang akan kami bawakan pada tengah hari
08:06dan jangan kemana, kami akan berterlihat seketika dan bawakan perkembangan seterusnya selepas ini.