Polis menahan seorang lelaki warga tempatan kerana memiliki tujuh senjata api dan peluru tanpa lesen di sebuah rumah di Antara Gapi, Serendah, pada Isnin lepas.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Selain itu, polis menahan seorang lelaki waga tempatan kerana memiliki tujuh senjata api dan peluru tanpa lisin di sebuah rumah di antara gapi serendah pada isnin lalu.
00:12Ketua Polis Langur, Datuk Husin Omar Han berkata, pesara swasta berumur 69 tahun itu ditahan hasil serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
00:21Kepremis itu kira-kira jam 5 petang hasil maklumat orang awam.
00:26Beliau berkata pemeriksaan lanjut menemukan tiga senjata api iaitu pistol jenis revolver, selara senapang dan sepucat pistol jenis CZ-75 Compact 9mm Kaliber Luger dan 180-60 peluru pelbagai jenis.
00:42Turut ditemukan, tiga senjata airsoft menyerupai senjata jenis AK-47, M4 Red 4 T68 dan pistol jenis Glock P38 Auto serta sekotak plastik hitam mengandungi taser gun dan dua bateri.
00:58Katanya suspek juga didapati menggunakan jata kerabat diraja perak pada kenderaan miliknya dan siasatan mendapati tiada sebarang rekod penerimaan darjah kebesaran, pingat, gelaran atau anugerah daripada institusi diraja terhadap suspek.
01:11Hussein berkata sebuah kereta jenis BMW dan Mitsubishi Triton serta sarung senapang jenis kulit dan sarung pistol menjadi antara barang yang dirampas dalam serbuan terbabit.
01:23Suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api 1971, Seksyen 36 Akta Senjata 1960, Seksyen 8 Kurungan A Akta Senjata 1960 dan Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 1963 Pindaan 2016.
01:43Mengulas lanjut, siasatan mendapati suspek mula menyimpan senjata itu sebagai hobi antara 10 hingga 20 tahun.