Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Pelancaran ini sekali gus menandakan pencapaian utama Malaysia Timur dan rantau ASEAN ketika Malaysia memegang peranan sebagai Pengerusi ASEAN.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Minggu Pembinaan Antarabangsa ICW Borneo 2025 dilancarkan secara rasmi pada selasa di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.
00:09Pelancaran ini sekaligus menandakan pencapaian utama Malaysia Timur Dana Rantau ASEAN ketika Malaysia memegang peranan sebagai pengurusi ASEAN.
00:17Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia CIDB selaku penganjur bersama Cube Integrated Malaysia Senderam Berhad berkata
00:25ICW Borneo 2025 adalah platform strategik untuk memajukan pembinaan mampan serta menggalakkan inovasi tenaga hijau.
00:34Diadakan serentak dengan sidang kemuncak Bill Expo, pameran perdagangan rasmi ICW yang menampilkan 32 peserta pameran tempatan dan antarabangsa di 55 buah reruai
00:44dengan mempamerkan teknologi terkini, sistem bangunan pintar dan bahan binaan mampan.
00:50Antara peserta pameran termasuk CIDB IBS, pihak berkuasa pembangunan koridor wilayah Rekoda, American Welding Society,
00:59Microleap, Cahaya Mata Simen Senderam Berhad dan Serendah Steel Manufacturing Senderam Berhad.
01:05Beberapa persidangan dan bengkel khas turut diadakan sepanjang program termasuk seminar revolusi pembinaan CR 4.0,
01:12program pengurus pembinaan, program pengurus projek pembinaan serta akreditasi pengurusan fasiliti.
01:20Ketua Eksekutif CIDB Zainora Zainal berkata acara ini menghimpunkan idea-idea terbaik dan organisasi paling progresif di rantau ini
01:29untuk memacu agenda pembinaan 4.0.
01:33Selain itu, acara tersebut turut mengukuhkan kerjasama rentas sempadan dan menyokong pertumbuhan mampan serta inklusif dalam persekitaran pembinaan ASEAN.
01:42Sebagai acara ICW pertama diadakan di Malaysia Timur,
01:46ia bukan sahaja pembuka tirai edisi ke-27 ICW dan Bill Expo yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Oktober nanti
01:53tetapi mengiktiraf peranan Malaysia Timur sebagai hak pembangunan Lestari dan kerjasama serantau dalam sektor pembinaan.
02:00Terima kasih kerana menonton!

Recommended