Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Tablet bantu pasukan kesihatan TH akses maklumat kesihatan jemaah haji

Unit Kesihatan Awam Tabung Haji (TH) kini beroperasi lebih efisien dengan penggunaan tablet yang membolehkan pasukan itu mengakses terus maklumat kesihatan jemaah secara dalam talian, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.

Kemudahan itu membolehkan petugas melihat rekod saringan kesihatan, senarai ubat yang diambil dan status kesihatan jemaah haji sama ada kategori hijau, kuning atau merah sekali gus memudahkan pemantauan serta rawatan awal dilakukan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727792/berita/nasional/tablet-bantu-pasukan-kesihatan-th-akses-maklumat-kesihatan-jemaah-haji

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Makkah #Haji #jemaahHaji #TabungHaji

Category

🗞
News
Transcript
00:00Unit Kesihatan Awam Tabung Haji kini beroperasi lebih efisien dengan penggunaan tablet yang membolehkan pasukan itu mengakses terus maklumat kesihatan jemaah secara dalam talian.
00:12Kemudian itu membolehkan petugas melihat rekod saringan kesihatan, senari ubat yang diambil dan status kesihatan jemaah haji sama ada kategori hijau, kuning atau merah sekaligus memudahkan pemantauan serta rawatan awal dilakukan.
00:27Penyelaras Operasi Unit Kesihatan Awam TH Dr. Abdullah Hussam A. Syukur berkata, penggunaan tablet itu memudahkan mereka mengakses sistem air sihat dalam MyVas untuk mendapatkan data lengkap kesihatan jemaah ketika lawatan dari bilik ke bilik di bangunan penginapan.
00:45Tiba-tiba kami akan pergi ke bilik ke bilik dan kami akan melakukan ziarah bilik ke bilik.
00:52Jadi, aim kami ialah untuk melakukan 100% ziarah bilik ke bilik semua jemaah seminggu sebelum wukuf.
01:03Jadi, semasa kami melakukan ziarah bilik ke bilik, kami akan melakukan pendidikan kesihatan.
01:09Untuk maklumat semua, semasa ketibaan jemaah, jemaah telah mendapat talian kesihatan.
01:16Jadi, bila kami beli ke bilik ke bilik, kami akan lebih fokuskan mana-mana poin tentang kesihatan.
01:22Harapan kami juga, kami kadang-kadang untuk kali ini kami akan pergi dua kali.
01:26Satu, fasa awal sebelum masyair, kami akan pergi sekali lagi nasihat khusus untuk masyair.
01:33Sebab kadang-kadang ini kita akan nasihat secara umum, macam saya cakap, tapi bila fasa sebelum masyair, kita akan nasihatkan betul-betul tentang kelesuan haba.
01:40Sambutan adalah baik setakat ini, biasanya sebelum kami masuk, kami akan perkenalkan diri, kami akan meminta izin kepada jemaah untuk masuk.
01:48Jadi, kadang-kadang ada jemaah untuk, kadang-kadang sebab kami ini ada lelaki dan perempuan,
01:53kadang-kadang jemaah akan mengambil masa untuk menutup aurat terlebih dahulu.
01:57Sekiranya kami akan minta izin, sebab mereka akan masuk ke dalam, bagi masuk ke dalam ataupun berjumpa di luar.
02:02Sekiranya respon adalah baik sebab, saya rasa sebab jemaah dia ada peluang untuk bertanya terus kepada pasukan kami tentang asal kesehatan.
02:12Sebagai contoh yang biasa dia akan tanya ialah, kalau ubat tidak cukup, apa boleh kami buat?
02:18Kalau ubat tertinggal, sebenarnya dia, dia ada, tapi dia takut nak, saya rasa dia takut nak tanya sebab,
02:23jadi bila dia ada itu, dia mungkin dalam suasana yang tak, bukanlah suasana yang di klinik kan,
02:28macam suasana santai, dia akan tanya kami, kalau, kadang-kadang dikatakan ubat tak cukup,
02:32biasanya kita minta jemaah buat cukup kan, dua bulan.
02:36Jadi mungkin buat sebulan ke ada tertinggal, so kami nasihatkanlah.

Recommended