Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
'Kompaun RM10,000 tidak berasas'

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenakan tawaran kompaun berjumlah RM10,000 terhadapnya berhubung hantaran di media sosial berkaitan isu Menara Kuala Lumpur 31 Mac lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.

Menurut Shafiq, beliau terkejut apabila menerima notis tersebut dan mendakwa kenyataan media MCMC yang dikeluarkan dua hari selepas itu berbeza daripada butiran yang terkandung dalam surat kompaun yang diterimanya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727859/'Kompaun-RM10,000-tidak-berasas'

#SinarHarian #BeritaSemasa #Bersatu #kompaun

Category

🗞
News
Transcript
00:00Saya berkata dengan notis yang dikeluarkan oleh MCMC yang mengenakan empang 10 ribu kepada saya
00:06Dan pertama sekali, semasa saya menerima notis ini saya agak terkejut dan sangat liru
00:13Hinggalah saya membaca kenyataan daripada MCMC 2 hari lepas
00:18Ini kerana dalam surat notis yang dikeluarkan oleh MCMC amatlah berbeza dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh mereka
00:26Ini hakikatnya dikeluarkan MCMC ini hanya untuk mengongkong suara-suara yang mengkritik kerajaan madani dan bukannya di atas landasan undang-undang
00:37Di dalam notis kompong yang diberikan oleh MCMC yang ini hanya tertulit iaitu bahawasanya kabur pada tarikh dan masa
00:47Kesalahan di atas iaitu Seksyen 233-1-A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
00:54Telah didapati menggunakan perkhidmatan aplikasi media sosial dan telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelek melampau sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain
01:05Di dalam notis ini tidak diterangkan apakah penghantaran komunikasi yang jelek melampau dan menyakitkan hati orang lain
01:13Namun di dalam kenyataan media semalam pihak MCMC mengatakan notis ini dibuat kerana saya memuat naik kandungan jelek melampau membabitkan sentimen kaum dan juga agama
01:25Berkaitan dengan isu pekerja Menara Kuala Lumpur di aplikasi media sosial pada 31 Mac yang lalu
01:31Dan untuk pengetahuan rakan media pada 7 April 2025 pihak MCMC telah memanggil diri saya untuk dirakam percakapan berkaitan dengan isu Menara Kuala Lumpur tergadat
01:42Raya kedua iaitu video yang sama saya dikeluarkan notis ini
01:46Semasa soal siasat tidak ada sebarang soalan berkaitan dengan isu pekerja ataupun isu 3A yang disebut oleh MCMC di dalam kenyataan media
01:55Semasa saya dipanggil saya hanya diminta untuk memberikan penjelasan berkaitan dengan perkataan tergadat
02:01Yang mana mereka mengatakan adakah saya memaksudkan meraka lumpur telah dijual ataupun sebaliknya
02:06Dan semasa memberi rakaman percakapan apa yang saya telah jelaskan adalah maksud tergadat itu dasarkan dasar keselamatan ikuiti Bumi Putra iaitu ESN
02:17Di mana pada waktu itu saya telah menyerahkan beberapa rujukan kepada pihak MCMC berkenaan dengan maksud itu
02:23Dan semasa itu juga pihak MCMC tidak menyatakan apakah kesalahan yang telah saya lakukan
02:29Malah tiada rampasan dibuat ke atas barang-barang seperti handphone ataupun singkat
02:34Dan sekiranya MCMC menyatakan kepada media bahawa kesalahan ini melibatkan isu pekerja Menara Kuala Lumpur juga adalah sesuatu benda yang pelik
02:42Kerana 31 Mas 2025 Menara Kuala Lumpur masih sah di bawah Menara Kuala Lumpur, Sdiam Rahat
02:48Di mana staff yang bekerja pada malam itu adalah staff Menara Kuala Lumpur, Sdiam Rahat
02:53Di mana semalam Menara Kuala Lumpur, Sdiam Rahat telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi melalui pengarah urusannya
02:59Iaitu Tato Abdul Hamid Syekh yang menegaskan mereka tidak pernah membuat sebarang laporan terhadap diri saya
03:06Malah mengesahkan apa yang saya ucapkan adalah benar
03:09Di mana pihak Menara Kuala Lumpur, Sdiam Rahat juga sedang mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan hari ini
03:15Dan ianya juga benar di mana pekerja-pekerja MKLSB tidak dapat berhari raya
03:20Kerana pada malam itu ada rampasan yang berlaku ke atas Menara Kuala Lumpur
03:25Terima kasih kerana menonton!

Recommended