Polis memburu dua lelaki yang terbabit dalam kejadian kecurian sebuah motosikal berkuasa tinggi di Taming Sari, Cheras, Kajang, pada Khamis lalu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Polis memburu dua lelaki yang terbabit dalam kejadian kecurian sebuah motosikal berkuasa tinggi di Taming Sari, Ceras, Kajang pada Khamis lalu.
00:09Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Abdul Yusof, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 46 tahun berhubung kejadian tersebut pada jam 8.23 malam hari yang sama.
00:21Berdasarkan semakan rakaman kamera litar tertutup CCTV di Pondok Pengawal Keselamatan, motosikal milik mangsa telah dilihat dibawa keluar oleh dua lelaki sekitar jam 5.45 petang.
00:33Salah seorang suspek dilihat menunggang motosikal jenis Yamaha dan menunda motosikal mangsa keluar dari kawasan kediaman.
00:41Siasatan awal turut mendapati nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek adalah palsu kerana pemilik asal nombor tersebut telah membuat laporan polis dan mengesahkan motosikal miliknya masih berada dalam simpanan di Terengganu.
00:54Nazron berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Kesiksaan iaitu mencuri kenderaan bermotor yang jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta dikenakan denda.
01:10Polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar tampil membantu sesatan dengan menghubungi balai polis berdekatan atau terus menghubungi penolong pegawai penyiasat kes Sarjan Siti Nur Hafizah Ahmad Yusof di talian 011-54539-190.