Rusia akan terus menjadi benteng kukuh menentang fahaman Nazi, Russophobia dan anti-Semitisme dengan menolak sebarang usaha menyeleweng fakta sejarah Perang Dunia Kedua.
Presiden Vladimir Putin menegaskan, Rusia tidak akan berdiam diri terhadap cubaan menjustifikasi kezaliman atau memburukkan pihak yang sebenarnya menang dalam peperangan itu.
Presiden Vladimir Putin menegaskan, Rusia tidak akan berdiam diri terhadap cubaan menjustifikasi kezaliman atau memburukkan pihak yang sebenarnya menang dalam peperangan itu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Rusia kekal menjadi benting kukuh menentang fahaman Nazi, Rusofobia dan antisemitisma serta menolak sebarang usaha menyelewing fakta sejarah Perang Dunia Kedua.
00:13Presiden Vladimir Putin menegaskan Rusia tidak akan berdiam diri terhadap sebarang cubaan untuk memburukkan pihak yang sebenarnya menang dalam perperangan itu.
00:22Perucap sempena peradakan ketenteraan tahunan di Moskow bagi menyambut ulang tahun ke-80 kemenangan kesatuan Soviet menewaskan Nazi Jerman, Putin berkata, Rusia akan terus menentang kekejaman yang dibawa ideologi ini.
00:39Beliau turut menyuruh rakyat Rusia supaya bersatu dalam mempertahankan kepentingan negara, budaya dan nilai-nilai yang diwariskan generasi terdahulu.
00:48Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, lebih 11,500 anggota keselamatan terlibat dalam peradakan di Red Square, Moskow.
00:57Turut serta adalah kontingen tentera asing dari 13 negara iaitu Azerbaijan, China, Mesir, Vietnam, Belarus, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Laos, Mongolia, Myanmar, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan.
01:12Ia dihadiri pemimpin dari 29 negara serta veteran Perang Dunia Kedua dari Armenia, Israel, Mongolia, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain sebagai tetamu kehormat.