Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Harga beras putih import (BPI) diselaraskan kepada RM2,600 per metrik tan di semua pintu gudang Padiberas Nasional Berhad (Bernas) berkuat kuasa pada Khamis.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Harga beras putih import BPI diselaraskan kepada RM2,600 per metrik tan di semua pintu gudang padi beras Nasional Berhad Bernas berkuat kuasa pada Khamis.
00:12Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM Dato' Sri Muhammad Sabu dalam satu kenyataan menjelaskan,
00:19tindakan tersebut merupakan pelarasan kali kedua selepas penurunan harga pada 1 Disember tahun lalu daripada RM3,000 kepada RM2,800 per metrik tan.
00:30Menurut beliau, pelarasan ini adalah hasil sesi libat urus bersama Bernas dengan mengambil kira pelbagai faktor semasa termasuk perkembangan pasaran global
00:40serta keperluan menjamin kelangsungan rantaian bekalan makanan negara.
00:44Dalam pada itu, program subsidi BPI bagi Sabah dan Sarawak akan diteruskan seperti biasa.
00:49Ujar beliau, langkah proaktif tersebut mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Madani yang berteraskan prinsip keprihatinan dan kesejahteraan rakyat
00:58untuk memastikan makanan ruji negara kekal mampu milik, mudah diperoleh dan sentiasa mencukupi.
01:04Kejayaan ini adalah hasil pendekatan strategik Bernas dalam mempelbagaikan sumber bekalan beras daripada pelbagai negara
01:10seperti Vietnam, Thailand dan Myanmar, seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada satu pasaran tunggal.
01:17Tambahnya KPKM akan terus memantau perkembangan pasaran dan memastikan dasar-dasar yang digariskan kekal berpaksikan kepentingan rakyat dan keterjaminan makanan negara.

Recommended