Integrasi rangkaian CelcomDigi Bhd dijangka ditangguhkan ke separuh kedua 2025 (2H25), berbanding sasaran asal pada pertengahan tahun ini susulan perubahan dalam model operasi Digital Nasional Bhd (DNB).
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Integrasi rangkaian Cellcom Digi Berhad dijangka ditangguhkan ke separuh ke-2 2025 berbanding sasaran asal pada pertengahan tahun ini susulan perubahan dalam model operasi digital nasional Berhad DNB.
00:13RHB Research berkata model baru itu dijangka memberi kesan kepada baki 25% tapak yang masih belum disepadukan.
00:21Cellcom Digi percaya pengendali rangkaian mudah alih MNO atau pemegang saham akan mencapai kata sepakat dengan DNB tidak lama lagi yang akan membawa kepada kerangka borong yang disemak semula.
00:36Ini kerana track 5G akan dikongsi dengan U-Mobile sebagai penyedia infrastruktur 5G ke-2.
00:42Walaupun tiada perbincangan rasmi dengan U-Mobile, firma penyelidikan itu berkata Cellcom Digi mengakui sebarang perjanjian borong baru yang akan dimetrai kelak adalah berasaskan pertimbangan komersial.
00:54Menurutnya, struktur borong sedia ada membenarkan MNO menamatkan perjanjian masing-masing dalam tempoh 30 hari selepas rangkaian 5G alternatif tersedia atau sebelum Januari 2028 dengan notis awal.
01:06Firma penyelidikan itu menjangkakan pelaksanaan komersial yang lebih kukuh dan realisasi sinergi hasil penggabungan akan berlaku selepas integrasi rangkaian Cellcom Digi diselesaikan.
01:17Sementara itu, ia menyatakan sebahagian besar perbelanjaan modal CAPEX Cellcom Digi bagi tahun keuangan 2025 antara RM1.8 bilion hingga RM2 bilion akan digunakan untuk naik taraf sistem IT yang akan membawa kepada peningkatan perbelanjaan operasi OPEX dalam jangka pendek hingga sederhana.
01:37Terima kasih telah menonton!