Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Pegawai tertinggi Amerika Syarikat dan China memulakan rundingan penting pada Sabtu di Geneva, Switzerland.
Transcript
00:00Pegawai tertinggi Amerika Syarikat dan China memulakan rundingan penting pada Sabtu di Geneva, Switzerland.
00:06Rundingan itu dalam usaha meredakan perang perdagangan antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia yang kini mengancam kestabilan ekonomi global.
00:16Timbalan Perdana Menteri China, He Lei Feng mengadakan pertemuan selama 8 jam bersama setiausaha pembendaharaan Amerika Syarikat, Scott Besson dan wakil perdagangan Amerika Syarikat, Jameson Greer.
00:27Ini merupakan pertemuan bersemuka pertama antara kedua-dua pihak sejak gelombang tarif melebihi 100% dikenakan ke atas barangan antara satu sama lain.
00:37Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak mengenai hasil perbincangan yang berlangsung di kediaman rasmi Duta Switzerland ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB.
00:46Menurut media antarabangsa, rundingan dijangka bersambung pada ahad.
00:50Pertemuan itu berlangsung dalam suasana penuh kerasiaan di sebuah vila mewah dengan taman peribadi yang menghadap Tasik Geneva di kawasan eksklusif koloni.
01:00Kenderaan rasmi kedua-dua delegasi dilihat memasuki kawasan berkenaan selepas rehat tengah hari disaksikan oleh orang awam dan wartawan.
01:07Menteri Ekonomi Switzerland, Guy Pamelin berkata rundingan itu sendiri merupakan kejayaan awal hasil daripada lawatan diplomatik terkini ke Washington dan Beijing.
01:15Beliau menyatakan jika satu pelan hala tuju dapat diwujudkan dan rundingan diteruskan, ia mampu mengurangkan ketegangan yang sedang memuncak.
01:24Hilifeng turut dijadualkan bertemu Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia WTO, Gozi Okonjo Iwela dalam kunjungannya ke Geneva.
01:32Pihak WTO menyambut baik rundingan tersebut dan menyifatkannya sebagai langkah positif ke arah penyuraian konflik.

Recommended