Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Nurul Izzah Anwar Sah tawarkan diri sebagai calon Timbalan Presiden KEADILAN 2025-2028 pada pemilihan kali ini.
Transcript
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Irfan Farukidah ini Pantau Agenda Reformasi dan untuk waktu ini kita mulakan dengan perkembangan yang baru kami terima menerusi kenyataan yang dikongsikan oleh Nurul Izzah Anwar menerusi media sosial yang mengesahkan bahawa beliau menawarkan diri sebagai calon timbalan Presiden Keadilan bagi sesi 2025 sehingga 2018 pada pemilihan kali ini.
00:30dalam hantaran di media sosial sebentar tadi, beliau berkata sekiranya perwakilan keadilan merasakan dirinya sesuai untuk menggalas tanggungjawab jawatan nombor dua parti itu, beliau akan berusaha melakukan yang terbaik demi keadilan.
00:43Kalau kita tunjukkan posting tersebut, Nurul Izzah Anwar menerusi kenyataan di Facebook meletakkan tiga perkara-perkara asas dan juga penting menyatakanlah kenyataan tersebut.
00:54yang pertamanya beliau menekankan berkenaan dengan dawaan kenyataan parti anak beranak dan beliau menjawab kenyataan tersebut dengan menyatakan bahawa persepsi parti anak beranak itu sudah pun wujud sejak tahun 1998 lagi, bahkan ketika itu beliau sebagai pengasas dan pejuang reformasi bersama-sama untuk menubuhkan keadilan.
01:14dan sesulan daripada itu, beliau menang sebagai naik presiden keadilan dengan undian tertinggi pada tahun 2010, 2014, 2018 dan serangan yang sama iaitu menyatakan bahawa ini parti keadilan sebagai parti anak beranak masih terus dilemparkan.
01:31beliau menjelaskan bahawa hanya pada tahun 2022 sahaja beliau tidak bertanding sebaliknya ketika itu beliau fokus dan mendokong pergerakan ayuh Malaysia di mana beliau memperkenalkan beberapa dasar untuk diperjuangkan termasuk TVET serta perubahan iklim bagi memberi kesan lebih baik kepada kehidupan seharian.
01:50dan perkara yang kedua digariskan sebagai perkara utama yang sampaikan oleh kenyataan ini adalah berkenaan dengan keperluan untuk merapatkan saf parti keadilan rakyat dengan memperkasakan cabang dan akar umbi dan untuk membina jentera menjelang pilihan raya umum ke-16.
02:06beliau menyatakan bahawa sekiranya beliau dipilih kelak sebagai timbalan presiden keadilan, misi utamanya adalah saling berusaha dan bekerjasama bersama dengan anggota, pendukung serta sukarelawan di cabang-cabang khususnya di 50 kerusi marginal
02:20kerana PRU-16 katanya bukan sahaja boleh dimenangi menerusi usaha sama mana-mana individu dan parti itu tidak akan mampu bergerak berseorangan kecuali dengan kekuatan cabang, jentera, akar umbi yang menjelang kepada rakyat serta masyarakat menerusi kempen, khidmat dan strategi penerangan efektif yang menambat hati dan keperluan semua.
02:42Selain daripada itu, dalam kenyataan sama beliau menegaskan berkenaan dengan pesanan kepada anggota keadilan yang saling melemparkan kata-kata dan tomahan dan pesanan beliau dan seruan beliau kepada semua ahli parti
02:56ialah untuk tidak sesekali menyerang pimpinan dan sahabat seperjuangan yang lain dengan biadab apatah lagi menyentuh isu pribadi mereka.
03:04Dan Nurul Izzah juga dalam kenyataan sama menyatakan bahawa ini iaitu PKR sebagai sebuah parti yang dibina bersama dan bertembung dalam perbezaan idea dan pandangan
03:13sepanjang pemilihan tetapi kekal dengan adab dan hikmah dan berhujah dengan fakta bukan dengan emosi, hinaan, gelaran dan kata-kata kesat.
03:21Dan diakhiri dengan penekanan untuk menawarkan dirinya sebagai calon timbalan Presiden Parti Keadaan Rakyat bagi 2025 sehingga 2028.
03:30Itu perkembangan terkini yang kita bawakan di waktu ini berkenaan dengan pemilihan parti keadilan rakyat yang melibatkan sosok Nurul Izzah Anwar
03:39yang ketika sudah pun mengesahkan spekulasi berkenaan dengan kedudukan sebagai calon timbalan Presiden.

Recommended