Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5/8/2025
Kos penjagaan kesihatan di Malaysia mencatatkan pertumbuhan dua digit, jauh melebihi purata global, dengan peningkatan 15% tahun lepas. Persatuan Insurans dan Takaful turut melaporkan kenaikan premium akibat kos penjagaan kesihatan yang melonjak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Salam sejahtera, saya sedang menyaksikan Niaga Awani bersama Sini Rozman dan kita akan mulakan episode kali ini beri fokus kepada sektor kesihatan dengan kos penjagaan kesihatan di Malaysia, mencatatkan pertubuhan 2 digit jauh melebihi purata pertubuhan global.
00:14Tahun lepas saja ia merekodkan pertubuhan 15% dan Persatuan Insurans dan Takaful juga turut melaporkan peningkatan premium susulan kos penjagaan kesihatan yang melonjak.
00:23Dan meliti daripada kos penjagaan ini kita melihat kepada skala yang lebih besar kepada sektor kesihatan kita. Apa yang perlu ditambah baik dan apakah antara cabaran yang perlu diatasi dengan segera.
00:32Kita persilahkan Prof. Dr. Syarifah Izzat Wan Putih merupakan pakar kesihatan awam UKM. Saya nak ucapkan terima kasih Dr. Kerana Sidi melakukan masa bersama kami.
00:38Kalau kita lihat dunia sekarang dilanda pelbagai krisis, maksud juga dengan krisis dalam sektor kesihatan. Dengan kenaikan kos perubatan doktor sebanyak 15% pada 2024 dan dijangka meningkat kepada 16.4% pada 2025.
00:54Mampukah sektor kesihatan Malaysia kekal mampan dan adakah ini akan menyebabkan banyak lagi jurang akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti?
01:04Ya terima kasih Nina. Peningkatan kos ini sebenarnya kita lihat secara global. Bukan hanya berlaku di South East Asia atau Malaysia.
01:14Tetapi secara global benda ini peningkatan kos ini telah berlaku. Banyak sebablah inflasi, kos peningkatan teknologi, kos apa ini insurance, managed care organization and so on and so on.
01:26Tapi apa yang mungkin lebih kita perlu praktikkan di Malaysia lah eh memandangkan kita cerita ni sekarang negara kita yang tercinta.
01:34Kita perlu lihat eh sebab bila kita fokus kepada model kesihatan ni kita patut lihat dari dua aspek.
01:40Satu ialah public healthcare ataupun perkhidmatan kesihatan dibiayai oleh kerajaan.
01:47Dan ini ialah kepada lebih kepada golongan yang mungkin lebih memerlukan lah iaitu mungkin kita katakan secara umum sebagai golongan rendah, pendapatan rendah dan juga sederhana.
01:58What we usually call sebagai B40 dan juga M40 dan kita ada golongan atau perkhidmatan kesihatan atau perubatan swasta.
02:05and this is where the big hospital, private hospitals eh. Kita ada banyak chain of private hospitals also in Malaysia and so on.
02:12Dan mereka ni banyak cater kepada golongan top 20 dan juga mereka yang mempunyai insurance eh.
02:17Sama ada insurance yang dibiayai sendiri melalui premium sendiri atau grup premium eh yang dibiayai selalunya oleh majikan lah.
02:24Dan ini selalunya dibiayai oleh majikan masing-masing bila mereka enroll kerja and so on.
02:30Jadi kalau kita tumpukan kepada jurang kesihatan ni, kita nampak benda tu semakin besar-semakin besar dan pembiayaan kesihatan out of pocket ini sebenarnya kalau dari segi individu pun meningkat hari ke hari.
02:42Dan pembiayaan kesihatan daripada kerajaan ni secara umumnya adalah masih agak what we call as rendah lah ni.
02:49Selalunya hanya sekitar 4 point something eh. Less than 5% daripada GDP kerajaan dan pendapatan kerajaan.
02:56Dan kita harap eh especially untuk golongan B40 dan juga M40 ni kerajaan terus memantau dan terus memberi perkhidmatan yang kalau boleh yang terbaik lah kepada golongan ini.
03:07Kerana mereka ni tidak ada tempat untuk mereka pergi eh jika jurang kesihatan ini tidak dikawal dan juga mereka tidak ada tempat untuk pergi.
03:15Dia tidak mempunyai income yang cukup untuk mereka menampung dari segi premium dan sebagainya.
03:20Jadi kita perlu kerjasama dengan apa ni syarikat ataupun industri atau organisasi atau korporat seh untuk mendapatkan mereka juga boleh membantu eh mendanai program-program kesihatan eh.
03:31Dan kita lihat antara yang berjaya saya rasa ialah seperti beka B40 dan banyakkan itu ialah juga subsidi daripada kerajaan.
03:37Tapi ada input sedikit dan kita hendak kalau boleh replikasi program-program seperti ini.
03:42Dari secara jangka panjang ini merupakan tanggungjawab kerajaan. Ini sekolah-sekolah public good dan bila public good ni maknanya perlu kerajaan terus menyediakan apa ni akses kesihatan yang berkualiti kepada golongan yang especially B40 dan juga M40.
03:56Dan juga kaki tangan kerajaan yang mungkin tidak ada option lain lah. Of course kaki tangan kerajaan pun mungkin ada yang pendapatan tinggi.
04:04Mereka boleh membiayai insurans premium mereka secara private sendiri.
04:08Tapi ini yang golongan yang kita cakap secara umum lah. Dan ini perlu didanai oleh kerajaan.
04:14Jadi kita urge atau kita harap lah kerajaan semakin tahun meningkat kita harap percentage yang diberikan atau dana kerajaan yang diberikan kepada perkhidmatan kesihatan perubatan ini meningkat.
04:27Di mana terutamanya ialah bidang prevention eh. Prevention ni penting atau kita kata sebagai supaya orang tak sakit eh.
04:37Dan ini adalah tanggungjawab daripada kesihatan klinik-klinik kesihatan, klinik-klinik kesihatan primer eh.
04:43Dan ini boleh dilakukan bersama dengan kerjasama antara kerajaan dan juga dengan private.
04:48Bila private klinik-klinik swasta ni, klinik-klinik swasta tu kita panggil sebagai primary clinic.
04:53Tapi di swasta eh, GP ni. Mereka ni banyak eh bertaburan di seluruh negara dan jumlah dia baru lipat kali ganda eh.
05:00Dan sangat banyak. Jadi kita cuba mendapatkan bantuan mereka.
05:05Dan antara contoh yang saya rasa nampak baik tu yang peka B40 di mana mereka boleh pergi di klinik kesihatan swasta
05:11ataupun dia kesehatan kerajaan dan ia dibiayai oleh dana peka B40 ni.
05:15Ini contoh. Jadi adakah itu kita harap berlanjutan eh. Kita harap benda ni dapat direplikasi dalam bentuk-bentuk lain.
05:23Contohnya sekarang kita dah ada skim perubatan madani dan kita ada skim peka B40 yang masih juga ada lagi eh.
05:29Sedikit dan kita harap program-program macam ni dapat dilanjutkan dalam bentuk yang skala yang besar.
05:34dan ini akan berterusan lah sebab ini merupakan public goods eh yang perlu dipantau oleh kerajaan dan perlu didanai.
05:41Dan kita perlu expect human resource ni sangat penting. Mungkin saya boleh sentuh sikit.
05:46Kalau kita ada klinik kesihatan dan sebagainya tetapi tidak ada orang untuk menjaga ni pun tak betul lah.
05:51Jadi kita perlu menambah eh dari segi doktor-doktor yang boleh bekerja eh di klinik kesihatan eh termasuk klinik kesihatan di luar bandar dan sebagainya
06:00sebab walaupun rasio secara umum tu kita kata cukup eh tapi kalau kita lihat memang sebenarnya tak cukup eh antara luar bandar dan juga bandar eh.
06:08Banyakkan doktor yang bekerja ni banyakkan di kawasan bandar. Sedangkan di luar bandar termasuk di Sabah Sarawak eh kita boleh lihat diskrepensi yang luas eh.
06:16Jadi ini perlu dilihat dan ditambah lagi lah untuk mempihastikan perkhidmatan kesihatan di sana tak terjejas.
06:24Banyak yang telah dikongsikan oleh doktor daripada kecabaran sehinggalah solusi.
06:28Tetapi kita berbagikan dua minit maafkan doktor kita tidak mempunyai cukup masa tapi dalam mungkin boleh kongsikan dalam konteks teknologi kesihatan yang semakin berkembang.
06:37Mampukan Malaysia manfaatkan digital health seperti telemedicine dan e-farmacy untuk kurangkan lagi kos rawatan ni?
06:43Dan apakah antara syarikat insurans bersedia untuk sokong inovasi dalam pelan pelindungan mereka kerana kita tahu untuk mereka menyokong juga memerlukan kos?
06:51Ya. Macam mana pun dia akan menyebabkan capital cost yang tinggi pada mula.
06:57Sebab nak beli satu nak access asset itu.
07:00Nombor dua access teknologi itu.
07:02Dan juga training yang terlibat eh.
07:04Sebab contoh ni kita ada AI dan sebagainya.
07:06Atau kita perlukan program ni tertentu.
07:08Kita perlu dapatkan program tu.
07:10Kadang-kadang kena beli eh.
07:11Tapi jangka panjangnya efek dia adalah lebih baik.
07:15Jadi permulaan untuk pembiayaan dana tu adalah agak tinggi.
07:18Dan kalau boleh lah kita harap kerajaan dapat membantu eh untuk membiaya ini.
07:23Especially kalau ini adalah perkhidmatan kesihatan yang dibiayai oleh awam.
07:28Tapi kalau di swasta of course mereka akan tambah cas itu kepada pengguna.
07:33Dan pengguna akan terpaksa menampung sebahagian daripada kos-kos tersebut dalam bentuk premium yang tinggi dan sebagainya.
07:39Tapi jangka masa panjang selalu dia akan turunkan eh.
07:41Tapi awam memang akan berada peningkatan kos ini.
07:44Jadi kalau di kerajaan pula atau di peringkat awam ini perlu didanai oleh kerajaan.
07:51Tapi kalau kita lihat dari segi health technology assessmentnya.
07:54Memang kita lihat jangka panjang ni of course penggunaan telemedicine atau AI atau aplikasi eh.
08:00Ini merupakan satu investment yang baik eh.
08:03Dan saya nak ucapkan terima kasih kepada Prof. Dr. Sharifa Izzatwan Putih Pakal Kesihatan Awam UKM.
08:08Sebenarnya banyak kita nak bincangkan tetapi kita tidak mempunyai cukup masa.
08:11Tapi ini adalah perkongsian yang cukup manfaat dan penting untuk sudah tentu kita nak pastikan keseluruhan ekosistem sektor kesehatan kita daripada insurans, pesakit.
08:20Sehinggalah penyedia perkhidmatan kesihatan itu dapat berada dalam keadaan yang baik.
08:25Dan sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada Prof. Dr. Sharifa Izzat.
08:28Dan setiap perbincangan ini akan kami rangkumkan dalam astrawani.com dan di semua platform digital Astrawani.

Recommended