Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5/8/2025
Dr Zaliha berkata beberapa negara memberi keutamaan kepada kesejahteraan komuniti dalam perancangan bandar dengan kejayaan diukur bukan hanya melalui infrastruktur fizikal tetapi juga melalui penciptaan rasa kebersamaan, kesejahteraan mental dan fizikal rakyat, serta meningkatkan kualiti hidup secara menyeluruh.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertukaran idea menerusi dialog strategi inovasi di Milano Innovation District Main, Itali, dilihat sebagai peluang untuk menambah baik strategi pembangunan bandar di wilayah persekutuan.
00:12Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, dialog tersebut menghimpunkan pakar pembangunan bandar dari pelbagai negara.
00:21Katanya ia merupakan platform penting untuk menilai semula pendekatan, strategi dan inovasi dalam membangunkan bandar yang bukan sahaja menarik dari segi visual tetapi benar-benar bermakna untuk penduduknya.
00:37Dr. Zaliha berkata beberapa negara memberi keutamaan kepada kesejahteraan komuniti dalam perancangan bandar dengan kejayaan diukur bukan hanya melalui infrastruktur fizikal tetapi juga melalui penciptaan rasa kebersamaan,
00:50kesejahteraan mental dan fizikal rakyat serta meningkatkan kualiti hidup secara menyeluruh.
00:57Pendekatan ini kata beliau amat selari dengan matlamat di wilayah persekutuan yang menekankan pembangunan berteraskan insan.
01:04Urjannya Malaysia membawa konsep bandar CIS yang menggalakkan pertumbuhan seimbang melihat bandar sukan semata-mata sebagai pemacu ekonomi tetapi juga sebagai ruang kehidupan yang mampan dan inklusif.
01:16Beliau berkata walaupun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan di wilayah persekutuan yang mencerminkan nilai-nilai berkenaan, masih terdapat ruang untuk menambahbaikan.
01:25Urjannya pertukaran idea di forum seperti ini amat penting kerana ia membolehkan peserta belajar daripada pengalaman negara lain dan pada masa sama berkongsi amalan terbaik di peringkat antarabangsa demi manfaat rakyat dan masa depan bandar.
01:39Dr. Zaliha kini berada di Milan bagi menyertai dialog strategi inovasi yang diajurkan oleh Perikatan Inovasi Bandar di bawah Forum Ekonomi Dunia.

Recommended