Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Dah makan sampai kenyang, tapi bayar pula guna resit palsu. Itu taktik licik dua lelaki termasuk seorang juruaudit di sebuah syarikat minyak dan gas, yang akhirnya membawa padah apabila mereka diberkas polis awal pagi Isnin.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik dah lah makan sampai kenyang, bayar pula guna riset palsu.
00:04Begitulah taktik licik seorang jurul audit sebuah syarikat minyak dan gas bersama rakannya yang menipu dengan menunjukkan riset pembayaran palsu selepas menikmati hidangan di sebuah restoran di Seksyen 13 Syahalap.
00:16Namun, kelicikan mereka terbongkar apabila ditahan polis awal pagi Isnin.
00:20Ketua Polis Syahalam, Asesan Komisional Muhammad Iqbal Ibrahim berkata dalam kejadian jam 10.18 malam 14 April lalu,
00:31salah seorang suspek makan di premis perkenaan dan kemudian menunjukkan riset pembayaran dalam talian sejumlah RM304.50.
00:40Namun kata beliau, semakan pemilik restoran itu mendapati tiada sebarang transaksi diterima.
00:47Menurutnya, ini merupakan kali kedua.
00:51Suspek-suspek itu menggunakan taktik serupa di premis terbabit.
00:55Jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM348.10.
01:00Bertindak atas laporan itu, polis menahan kedua-dua suspek yang berusia 34 dan 35 tahun itu sekitar jam 2.50 pagi Isnin.
01:11Pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka mempunyai rekod jenayah lampau dan direman sehingga Kamis ini.
01:17Kes disiasat mengikut Seksyen 420 kandung keseksaan kerana menipu.
01:21Berdasarkan satu perkongsian di media sosial,
01:23suspek dilaporkan sengaja meminta nombor akaun bank untuk membuat bayaran
01:28dan bukannya menggunakan kod respons pantas atau kod QR bagi mengelakkan notifikasi segera.
01:35Terima kasih telah menonton!
01:37Terima kasih telah menonton!

Recommended