Sebanyak 100 pelabur asing telah menghadiri sidang kemuncak pelaburan Indonesia yang merupakan peluang tepat di tengah perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00ASEAN 25 bersama saya Farhan Hakimi dan kita mulakan dengan laporan berikut.
00:05Kira-kira 100 pelabur asing menghadiri sidang kemuncak pelaburan Indonesia pada selasa,
00:10satu acara yang dianggap tepat pada masanya ketika perang perdagangan antara AS dan China semakin memuncak.
00:17Sidang kemuncak itu berfungsi sebagai platform bagi pelabur dari seluruh Asia untuk berinteraksi secara langsung
00:23dengan pegawai kerajaan Indonesia di peringkat nasional dan wilayah serta pemimpin perniagaan tempatan.
00:30Pengurusi Persatuan Peruncit dan Penyewa Pusat Belibelah Indonesia, Budi Harju berkata,
00:37gangguan perdagangan global yang dicetuskan oleh dasar tarif meluas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump
00:43membawa peluang unik kepada Indonesia seperti menarik pemindahan kilang dan meningkatkan potensi ekspor.
00:49Dr. Megasa Kerajaan Indonesia melaksanakan deregulasi yang mesra pelabur
00:55dengan melonggarkan syarat kandungan tempatan bagi memudahkan kemasukan pelabur.
01:00Sementara itu, Menteri Perdagangan Budi Santoso menekankan kedudukan Indonesia sebagai ekonomi yang serang pesat membangun
01:06sambil menyatakan negara itu masih berdepan keperluan besar dalam pembangunan infrastruktur, pendidikan dan penjadaan pekerjaan.
01:14Katanya pelaburan baharu amat diperlukan dan Indonesia sangat terbuka kepada pelbagai peluang pelaburan.
01:20Sirang itu dianjurkan bersama oleh Majlis Perdagangan Pelancongan dan Ekonomi Asia yang diadakan di kawasan pantai Indah Kapuk, Jakarta Utara.