Firma penyelidikan RHB Research berkata harga minyak mintah brent berpotensi menjunam sehingga AS$40 setong sekiranya ketidaktentuan dasar global dan risiko tindakan balas semakin memburuk.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Harga minyak mentah brand berpotensi menjunam sehingga $40 Amerika setong sekiranya ketidaktentuan dasar global dan risiko tindakan balas semakin memburuk, kata RHB Research.
00:13Bagaimanapun firma penyelidikan itu menjangka pertubuhan negara-negara pengekspor petrolium dan sekutunya atau OPEC Plus akan bertindak menyokong pasaran.
00:22Memetik laporan berita harian, antara tindakannya adalah dengan menangguhkan peningkatan pengeluaran serta meneruskan pemotongan bekalan sekiranya senario itu berlaku.
00:33RHB Research turut mengunjurkan kebarang kalian setinggi 40% bagi senario kes buruk tersebut.
00:39Tambahnya, syarikat pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung FPSO juga mungkin berdepan risiko penepatan yang lebih rendah disebabkan kontrak sewaan tetap jangka panjang.
00:49Antara risiko negatif lain yang dikenal pasti termasuk harga minyak yang lebih lemah daripada jangkaan, peningkatan kos operasi serta kemungkinan pembatalan kontrak.
00:59RHB Research turut menurunkan unjuran harga brand kepada $70 Amerika Stong bagi 2025 dan $68 Amerika Stong untuk 2026 selaras dengan penyusutan prospek ekonomi oleh pasukan ekonominya.