Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5 days ago
DUN Perak meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Razman Zakaria, selama enam bulan berkuat kuasa serta-merta atas kenyataan berbaur perkauman dan hasutan.
Transcript
00:00Dewan Undangan Negeri Dun Perak meluluskan usul untuk menggantung Ketua Pembangkang Razman Zakaria daripada menghadiri persidangan Dun selama enam bulan berkuatkuasa serta merta.
00:12Usul tersebut dibentangkan Ong Bun Piau, PH Bercam yang kemudiannya disokong Datuk Syahrul Zaman Yahya, BN Rungkob ketika sidang Dun Perak pada Rabu.
00:21Razman yang juga adun Gunung Semanggol itu dikenakan tidakkan berkenaan selepas dirujuk kepada jawatan kuasa hak dan kebebasan Dun pada 4 Desember 2024.
00:34Keputusan penggantungan itu diumumkan Speaker Dun Perak, Datuk Mohd Zahir Abdul Khalid selepas majoriti anggota Dun pada persidangan Rabu bersetuju terhadap usul memperakukan laporan jawatan kuasa berkenaan yang bersidang pada 14 April 2025.
00:47Razman dikenakan tidakkan bagi pertuduhan ketiga kerana didakwa sewaktu berucap pada 2 Desember 2024 telah mengeluarkan kenyataan berbau perkawaman dan hasutan serta telah menimbulkan perasaan sakit hati di bawah Peraturan 40 Kurungan 11 Kurungan B dan Kurungan C Perintah-Perintah Tetap.
01:04Bagi pertuduhan pertama pula digugurkan menekali jawatan kuasa tersebut menerima permohonan maaf bagi pertuduhan kedua dengan amaran tidak mengulangi semula.
01:11Pada 4 Desember lalu, Dun Perak meluluskan usaha membawa Razman kepada jawatan kuasa hak dan kebebasan Dewan Negeri selepas beliau didakwa membuat kenyataan tidak benar pada 2 Desember.
01:21Keputusan itu dibuat Mohd Zahir selepas usul dibawa Adun Astaka, Jason Ng Tian Yong dipersetujui.

Recommended