Status laporan kesihatan mental seorang penganggur yang membunuh ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala akan diketahui pada 23 April ini.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Mahkamah Tinggi menetapkan 23 April ini untuk mendapatkan status terkini laporan kesehatan mental seorang penganggu yang mengaku salah membunuh ibu bapanya di kampung Sungai Pecala 2 tahun lalu.
00:13Penetapan tarikh itu dibuat Hakim K. Muniandi selepas dimaklumkan laporan mental tertuduh, Afendi Muhammad Agus Elias Muhammad Ali, 43 tahun, telah disediakan oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
00:25Pada proseding pada Rabu, Timbalan Pendakwa Raya Zailin Nadia Zubir berkata pihaknya akan mengarah ke pegawai penyiasat untuk mengambil laporan di hospital tersebut.
00:35Tertuduh diwakili oleh Peguam Bela Muhammad Ruzaini Zulkifli.
00:39Terdahulu November lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Afendi menjalani pemeriksaan mental bagi memastikan pengakuan bersalah yang dibuatnya pada 6 September 2023 dilakukan dalam keadaan waras dan secara sukarela.
00:52Mengikut pertuduhan, Afendi didakwa membunuh bapanya Muhammad Agus Elias Muhammad Ali Omar, 82 tahun, dan ibunya Dalisma Jatuh Salih, 72 tahun, dalam kejadian antara 7.10 dan 7.20 malam.
01:06Pada 9 Disember 2023, di sebuah rumah di Jalan Pencala Hilir 6.
01:11Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 karena keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun serta sebatan.