Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Pemandu BMW mabuk mengaku tidak bersalah langgar penghantar makanan

Seorang pekerja bengkel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Johor Bahru pada Rabu atas kesalahan memandu kenderaan dibawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian penghantar makanan, pada Ahad lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Tertuduh Kok Zi Kang, 25 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723146/berita/semasa/pemandu-bmw-mabuk-mengaku-tidak-bersalah-langgar-penghantar-makanan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #mahkamah #pemandumabuk
Transcript
00:00Seorang pekerja bengkel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrat di Johor Bahru
00:04pada rabu atas kesalahan memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol
00:08sehingga menyebabkan kematian penghantar makanan pada ahad lalu.
00:13Tertuduh Kok Zee Kang, 25 tahun didakwa memandu kenderaan jenis BMW 530i
00:19dengan kadar alkohol dalam darah sebanyak 76 mg per 100 ml
00:24iaitu 26 mg per 100 ml melebihi hard yang ditetapkan iaitu 50 mg per 100 ml
00:32sehingga menyebabkan kemalangan kematian Muhammad Taufiq Arif Sarif, 37 tahun.
00:39Perbuatan itu didakwa dilakukan di kilometer 16 Jalan Johor Bahru Kota Tinggi
00:44pada jam 2.10 pagi 13 April lalu.
00:47Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 44 Kurungan 1 Kurungan B
00:52Akta Penganggutan Jalan 1987, Akta 333
00:57di mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun
01:02dan denda sehingga RM100,000 selain hilang kelayakan memandu.
01:07Tertuduh turut didakwa mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan
01:10yang bukan kepunyaan kenderaan yang dipandunya pada hari sama
01:13kira-kira jam 4.30 pagi di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.
01:20Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 108 Kurungan 3 Kurungan A
01:24Akta Penganggutan Jalan 1987 yang boleh didenda sehingga RM20,000
01:30atau penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya.
01:34Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin,
01:38pasport diserahkan kepada mahkamah dan lesen memandu digantung sehingga kes selesai.
01:44Tarikh sebutan dan serahan dokumen ditetapkan pada 19 Mei depan.
01:49Media sebelum ini melaporkan Muhammad Taufik Maud dipercayai
01:52dirempuh sebuah kereta BMW ketika membantu mangsa kemalangan
01:56pada jam 2 pagi di Jalan Kota Tinggi Johor Bahru berhampiran Taman Desa Jaya.
02:01Selamip 7
02:04Selamip 8
02:14Selamip 8

Recommended