Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Seorang pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bergelar Datuk Seri direman selama enam hari bermula Selasa bagi membantu siasatan mengenai projek tambak laut di Melaka bernilai RM44 juta.

Perintah reman sehingga Ahad ini dikeluarkan oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman terhadap suspek berusia 61 tahun itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/722931/berita/semasa/pemimpin-kanan-bersatu-direman-kes-rasuah-projek-tambak-laut-rm44-juta#google_vignette

#SinarHarian #BeritaSemasa #projektambaklaut #mahkamah #SPRM
Transcript
00:00Seorang pemimpin kanan Parti Peribumi Bersatu Malaysia Bersatu bergelar Datuk Seri di Rehman enam hari bermula selasa bagi membantu siasatan menerima projek tambak laut di Melaka.
00:10Perintah Rehman sehingga ahad ini dikeluarkan oleh Magistrat Shardashinha Mohamad Suleiman terhadap suspek berusia 61 tahun itu selepas membenarkan permohonan suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM.
00:23Individu yang juga merupakan pengarah sebuah syarikat di Rehman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Kurungan A Kurungan B atas SPRM 2009.
00:34Sumber berkata, suspek ditahan di Pejabat SPRM Melaka pada jam 4.55 petang Isnin berhubung projek tambakan laut di Kota Laksamana membabitkan nilai tersebut sejak lima tahun lalu.
00:46Menurut sumber, suspek didakwa menerima rasuah berbentuk harta membabitkan empat kenderaan mewah sebagai timbal balik projek berkenaan.
00:55Sementara itu, pengarah SPRM Melaka Adi Supian Syafi'i ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
01:01Terima kasih kerana menonton!

Recommended