Pihak pengurusan Hospital Kuala Lipis telah membuat laporan polis berhubung dakwaan terdapatnya kejadian bayi kembar yang dirawat selama sembilan bulan dilarikan oleh seorang doktor palsu di hospital berkenaan.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Pihak pengurusan Hospital Kuala Lipis telah membuat laporan polis berhubung dawaan, terdapatnya kejadian bayi kembar yang dirawat selama sembilan bulan dilarikan oleh seorang doktor palsu di hospital berkenaan.
00:13Jabatan Kesihatan Negeri Pahang JKNP dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan pihaknya memandang serius berhubung kes itu dan siasatan awal telah dilaksanakan.
00:22Siasatan mendapati tiada bayi kembar seperti yang didakwa telah menerima rawatan selama sembilan bulan di wad kanak-kanak hospital itu dan kali terakhir, ibu berkenaan menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis pada Julai 2024.
00:38Jelas kenyataan itu lagi bagi dawaan wujudnya doktor palsu yang bernama Dr. Amalina Husna merawat bayi itu selama sembilan bulan pula.
00:48Didapati, tiada rekod bagi kewujudan doktor tersebut pernah bertugas di Hospital Kuala Lipis.
00:54Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat pengurusan tertinggi Hospital Kuala Lipis pada Jumaat bagi mengelakkan separang berita tidak berasas disebarkan sewenang-wenangnya.
01:03Sekaligus, boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti pengurusan serta perawatan di Hospital Kuala Lipis dan CKNP.
01:12Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man, mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
01:24Pada Jumaat, satu hantaran di laman Facebook bertajuk sepasang bayi kembar hilang dilarikan doktor palsu di Hospital Kuala Lipis,
01:32tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial.