Lima syarikat telekomunikasi utama telah menyerahkan pelan penambahbaikan liputan DUN Ayer Kuning kepada MCMC susulan teguran Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara telah menyerahkan pelan tindakan penambahbaikan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC
00:09bagi meningkatkan kualiti liputan di kawasan Dewan Undangan Negeri Dun Air Kuning.
00:14Dalam satu kenyataan, MCMC memaklumkan sehingga jam 6 petang Ahad, Selkom DG, Maxis, Telekom Malaysia, U-Mobile dan YTL
00:23telah mengemukakan pelan masing-masing bagi memastikan perkhidmatan lebih stabil dan menyeluruh.
00:30Antara inisiatif yang dirancang termasuk pengoptimaman stesen pemancar sedia ada, pemasangan pemancar sementara
00:36serta pelaksanaan perkongsian infrastruktur antara penyedia perkhidmatan bagi mempercepat usaha penambahbaikan.
00:43Langkah ini diambil susulan teguran Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fazil terhadap mutu liputan internet
00:48dan telekomunikasi yang lemah di 27 lokasi dalam kawasan Dun tersebut.
00:53Beliau memberi tempoh sehingga jam 5 petang pada Ahad kepada semua syarikat telekomunikasi
00:57untuk mengemukakan penyelesaian terhadap isu capaian internet yang lemah di seluruh negara
01:02atau berdepan tindakan tegas.
01:04Dalam pada masa yang sama, MCMC menyatakan pihaknya akan memantau prestasi liputan secara harian
01:09dan menyalurkan aduan baharu secara terus kepada penyedia perkhidmatan
01:13agar tindakan segera dan berkesan dapat diambil.
01:16Suruhanjaya itu turut menegaskan sebarang kelewatan atau ketidakpatuhan terhadap arahannya diberikan
01:21akan dikenakan dengan tindakan penguatkuasaan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.