Pihak berkuasa China pada Sabtu mengerahkan pasukan kecemasan di Wilayah Inner Mongolia yang lumpuh akibat dilanda ribut kencang luar biasa yang menyerupai taufan.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Baik, kita ke perkembangan seterusnya. Pihak berkuasa tempatan di wilayah Inner Mongolia, China pada Sabtu mengerahkan pasukan kecemasan selepas beberapa kawasan berhampiran di badai ribut luar biasa yang menyerupai taufan.
00:15Kawalan trafik ketat turut dilaksanakan di beberapa lebuh raya bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya susulan cuaca ekstrim yang melanda kawasan berkenaan.
00:24Menerusi rakaman yang disiarkan penyiar kebangsaan CCTV bandar Hulunbuir dan Bautau dilaporkan terjejas teruk akibat ribut salji lebat dengan jarak penglihatan terhad.
00:37Ribut yang mula melanda pada Jumaat itu dijangka berterusan sepanjang hujung minggu dengan kelajuan angin mencecah sehingga 150km sejam.
00:46Fenomena ini lazim berlaku pada musim bunga, khususnya angin kencang yang membawa debu dan pasir dari Mongolia.
00:52Namun perubahan iklim menyebabkan corak cuaca menjadi semakin ekstrim dan sukar diramal.