Malaysia kerap menjadi rujukan pemimpin dunia dan negara Asia berikutan kestabilannya dalam pelbagai perkara.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Malaysia kerap menjadi rujukan pemimpin dunia dan negara Asia berikutan kestabilannya dalam pelbagai perkara.
00:10Beliau berkata antara pemimpin dunia dan Asia yang menghubunginya termasuk Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon dan Presiden Perancis Emmanuel Macron.
00:19Dua ayat lalu Perdana Menteri New Zealand
00:49Presiden Perancis. Esok Perdana Menteri Syibah Jepun semua menghubungi saya.
00:59Bukan kerana Perdana Menteri, kerana kerajaan dari negara kita. Ini stabil.
01:05Dasar-dasar ekonomi itu dianggap menarik, mampu menarik pelaburan.
01:11Dan dalam kita menghadapi keputusan Presiden Donald Trump yang terbaru, menetapkan tarif yang tinggi, tarif ini maknanya cukai yang tinggi untuk kemasukan barang-barang ekspor kita.
01:24Kita di Malaysia ini negeri dagang.
01:27Kita ekspor, kita minta pelaburan datang.
01:30Dan tinggi sekali dengan Amerika Syarikat, Jerman dari segi pelaburan, negera China dari segi dagang dan pelaburan.
01:39Tak semena-mena Presiden Trump letakkan tarif ini.
01:44Saya tentunya bimbang.
01:46Kerana kalau ini berlaku, terjejas ekonomi, terjejas pelaburan, pekerjaan terjejas.
01:52Jadi kita hubungi semua dengan negara ASEAN, masih baik, Trump telah menangguhkan kepada banyak negara, termasuk beberapa negara ASEAN, termasuk Malaysia.
02:07Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Malaysia Madani, peringkat Kelantan di Pantai Irama di Baco.
02:16Katanya dasar Trump itu semestinya membimbangkan kerana boleh menyebabkan ekonomi terjejas.
02:22Katanya Malaysia menghubungi semua pemimpin negara ASEAN dan bernasib baik Trump menangguhkan peningkatan tarif kepada banyak negara, termasuk ASEAN dan Malaysia.
02:31Bagaimanapun Trump kenakan tarif terlalu tinggi kepada China.
02:35Sementara itu, Malaysia bakal melakar sejarah apabila menganjurkan persidangan ASEAN GCC meliputi semua negara ASEAN dan enam negara teluk, termasuk Bahrain, Oman, Kuwait, Qatar dan Arab Saudi bulan depan.