Jabatan Kesihatan Negeri Pahang siasat dakwaan pegawai berkelakuan tidak senonoh dan tidak profesional terhadap orang awam. #AWANInews
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Jabatan Kesihatan Negeri Bahang, JKNP, menubuhkan satu jawatan kuasa siasatan bagi menyiasat tata kelakuan seorang pegawai perubatan di sebuah fasiliti kesihatan negeri.
00:13Siasatan berkenaan, siasatan itu adalah berkaitan isu tular yang melibatkan kelakuan tidak senonoh dan tidak profesional pegawai terbabit terhadap orang awam.
00:22JKNP dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan jawatan kuasa itu susulan tiga aduan diterima pihaknya melalui sistem pengurusan aduan awam SISBA pada Rabu dan Khamis berhubung individu tersebut.
00:35Tambah kenyataan itu lagi, siasatan sedang dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan.
00:41JKNP tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut sehingga siasatan disempurnakan bagi menjamin integriti siasatan.
00:48JKNP menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil bagi membantu siasatan.