Polis Johor keluarkan 1,448 saman dalam operasi tiga hari, dengan kesalahan tertinggi melibatkan lampu isyarat merah dan had laju. Operasi bertujuan didik pengguna jalan raya dan kurangkan kemalangan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Polis Johor mengeluarkan sebanyak 1,448 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam op utama yang dilancarkan selama 3 hari bermula Isni Lepas.
00:10Menurut Ketua Polis Johor, Datu M. Kumar, operasi itu dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, JSPT.
00:18Op situ menepukan penguatkuasaan bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat, memotong barisan termasuk garisan berkembar, memandu sambil menggunakan alat komunikasi serta melebihi had kelajuan.
00:28Beliau berkata kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah merekutkan jumlah saman tertinggi iaitu sebanyak 547 saman, diikuti 475 saman kerana memandu melebihi hak laju.
00:39Selain itu, sebanyak 60 saman dikeluarkan atas kesalahan memotong di garisan berkembar, 55 saman menggunakan alat komunikasi semasa memandu dan 48 saman kerana memotong barisan.
00:49Sementara itu, beliau berkata sebanyak 263 saman lagi dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, aksesori tidak sempurna, ubah suai eksos, tiada lesin dan lesin tamat tempoh, tidak memakai tali pinggang keledar serta tiada pelindungan insurans.
01:05Beliau berkata operasi itu bertujuan mendidik pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas sekaligus mengurangkan kadar kemalangan.
01:12Kumar berkata punca utama kemalangan disebabkan kecuaian pengguna jalan raya yang memandu melebihi hak laju berdasarkan kajian yang dilakukan sejak Januari hingga Apel lepas.