Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
KKM jalin kerjasama dengan IKU dan NCD-RisC untuk tingkatkan pemantauan dan penyelidikan NCD seperti diabetes, hipertensi dan obesiti melalui pertukaran data dan latihan bersama.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Kesihatan KKM memeterai Memorandum Persefahaman MOU bersama Institut Kesihatan Umum IKU dan NCD Risk Factor Collaboration NCDRISC bagi memperkukuh keupayaan negara dalam penelidikan dan pemantauan faktor risiko penyakit tidak berjangkit NCD.
00:20Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad berkata, reformasi sistem kesihatan perlu berteraskan bukti dan data yang tepat serta dianalisi secara bersama menjadikan pementerian MOU itu sebagai langkah signifikan ke arah matlamat berkenaan.
00:34Jelasnya menerusi perkongsian di Facebook kerjasama ini, bahkan memperkukuh keupayaan Malaysia dalam penyelidikan dan pemantauan faktor risiko NCD seperti diabetes, herpetensi dan obesiti.
00:46Ia meliputi pertukaran data, pembangunan kapasiti, latihan bersama dan penerbitan saintifik.
00:52Zulkifli berkata, NCD Risk ialah rangkaian saintifik global yang diterajui oleh Imperial College London.
00:59Ini melibatkan lebih 2,500 tinjauan populasi dari hampir 200 negara, menjadikannya antara sumber data paling berwibawa dalam bidang NCD.
01:09Jelasnya inilah contoh terbaik bagaimana data, dasar dan diplomasi kesihatan boleh bertemu di titik tengah
01:16demi kesihatan rakyat dan masa depan sistem kesihatan yang lebih sama.
01:19Sampai jumpa di video selanjutnya.

Recommended