Hari pertama perbicaraan Sean "Diddy" Combs di Mahkamah Persekutuan AS menyaksikan dakwaan serius termasuk pemerdagangan seks, dengan saksi dan bukti video dikemukakan; Diddy berdepan hukuman penjara sehingga seumur hidup jika sabit kesalahan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Hari pertama perbicaraan melibatkan selebriti dan penyanyi hip-hop terkenal Sean D.D. Coombs menyaksikan beberapa dawaan serius dikemukakan di Mahkamah Persyukur Tuan Amerika Syarikat.
00:12Seorang saksi yang merupakan penari bogil mendakwa dia pernah menjalinkan hubungan intim dengan bekas teman wanita D.D. Cassandra Ventura dalam keadaan yang disaksikan sendiri oleh D.D. pada tahun 2012 dan 2013.
00:26Saksi turut menceritakan satu insiden di sebuah hotel di New York di mana D.D. didakwa bertindak kasar terhadap Ventura dan mencederakannya secara fizikal.
00:37Rakaman CCTV dari tahun 2016 turut ditayangkan kepada juri menunjukkan satu lagi insiden serangan fizikal melibatkan pasangan tersebut di sebuah hotel di Los Angeles.
00:47Tertuduh yang kini berusia 55 tahun berdepan lima pertuduhan jenayah termasuk konspirasi, pemerdagangan seks dan membawa individu bagi tujuan eksploitasi.
00:56Jika sahabat kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sekurang-kurangnya 15 tahun hingga seumur hidup.
01:02Dalam hujah pembukaan, pihak pendakwa mendakwa D.D. memperdaya wanita untuk menyertai pesta-pesta tidak bermoral dan menggunakan rakaman video untuk memeras ugut mangsa.
01:10Peguam pembelaan bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut menyifatkannya sebagai cubaan untuk memburukkan hubungan peribadi anak guamnya.
01:17Pembicaraan dijangka berlangsung selama beberapa minggu.