Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan memperbanyak keluaran telur ayam gred khas yang lebih murah susulan penamatan pemberian subsidi bagi produk itu bermula 1 Ogos ini.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM akan memperbanyak keluaran telur ayam grade khas yang lebih murah susulan penamatan pemberian subsidi bagi produk itu bermula 1 Ogos ini.
00:14Menterinya Datuk Seri Muhammad Sabu berkata langkah ini memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan bekalan pada harga lebih murah sekaligus menstabilkan harga telur ayam.
00:24Beliau dalam masa sama yakin harga telur ayam tidak akan naik melambung.
00:32Muhammad berkata rakyat juga boleh mendapatkan bekalan telur ayam pada harga yang lebih kompetitif melalui inisiatif jualan agrumadani dan jualan rahmah di seluruh negara.
00:42Selain itu, beliau berkata keputusan kerajaan menamatkan sepenuhnya pemberian subsidi dan kawalan harga telur ayam serta mengurangkan kadar subsidi daripada 10 sen kepada 5 sen sebiji yang berkuatkuasa 1 Mei lalu dibuat secara libat urus bersama pihak berkepentingan.
00:58Pada 30 April lalu, KPKM ketika mengumumkan penarikan subsidi berkenaan turut memaklumkan beberapa langkah intervensi akan dilaksanakan kementerian itu bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarai Hidup bagi meminimumkan impak terhadap kos sarai hidup rakyat susulan keputusan tersebut.
01:18Antaranya kerajaan memberi jaminan pihak industri bersetuju memperkenal telur ayam grid khas pada harga yang munasabah.