Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Presiden Kosovo Dr Vjosa Osmani Sadriu tiba di Malaysia hari ini untuk lawatan rasmi empat hari yang juga adalah kunjungan pertama beliau ke negara ini sejak memegang jawatan itu pada 4 April 2021
Transcript
00:00Presiden Kosovo Dr. Vijosa Osmani Sadriu tiba di Malaysia pada Khamis untuk lawatan rasmi 4 hari yang juga kunjungan pertama beliau ke negara ini sejak memegang jawatan itu pada 4 April 2021.
00:13Osmani yang tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 KLIA dengan penerbangan komersial disambut mesra Menteri Pendidikan Fadina Siddiq di Kompleks Bunga Raya pada 5.25 petang.
00:24Sejurus tiba beliau memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 28 pegawai dan anggota betilian pertama Regimen Ranger di Raja Istiadat yang diketuai Kapten Mohd Nafis Norsyid.
00:39Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan, Osmani akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra pada Jumaat yang disusuli mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:52Perbincangan kedua-dua pemimpin dijangka memfokus kepada pengukuhan kerjasama dua hala dalam sektor utama termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan serta pertukaran antara rakyat Malaysia dan Kosovo.
01:06Selain itu, mereka akan menyentuh isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama termasuk kepengerusian ASEAN Malaysia tahun ini.
01:15Malaysia secara rasmi mengiktiraf Kosovo pada 30 Oktober 2008 sekaligus tampil sebagai negara Asia pertama yang berbuat demikian dan hubungan diplomatik pula diwujudkan secara rasmi pada 18 Mac 2011.
01:30Pada 2024, nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Kosovo mencecah 28.55 juta ringgit dengan ekspor negara ke republik itu sebanyak 25.92 juta ringgit dan import 2.63 juta ringgit.
01:48Terima kasih kerana menonton!

Recommended