Penganjur Himpunan Hari Pekerja 1 Mei berpendapat teknologi kecerdasan buatan (AI) memberi kesan kepada pekerja dan mendesak kerajaan meminda akta berkaitan penggunaan teknologi itu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Penganjur Himpunan Hari Pekerja 1 Mei menggesa kerajaan meminda akta berkaitan penggunaan teknologi kecerdasan buatan, AI.
00:08Jurucakap Jatangkuasa 1 Mei, S. Arush Shilvan mendakwa teknologi AI bakal memberi kesan kepada pekerja dan merupakan satu ancaman besar sekiranya ianya tidak dikawal selia.
00:19Arush Shilvan berpendapat penggunaan teknologi tersebut menjejaskan gaji pekerja apabila AI telah mengambil alih peranan mereka.
00:26Sekarang AI adalah satu ancaman besar kepada golongan pekerja lah kerana AI ini telah mengambil alih banyak pekerjaan dan ini berarti peluang pekerjaan itu sudah pun jatuh lah dan ini juga menyebabkan gaji itu yang dapat bekerja pun tak dapat gaji yang setimpal kerana banyak kerja-kerja sudah diambil alih oleh AI.
00:49So kita merasakan itu adalah satu bahaya kepada kawan pekerja.
00:53Beliau berkata demikian semasa himpunan yang diadakan di ibu kota yang dihadiri hampir seribu peserta.
01:00Penganju dalam kehidupannya pula berharap pindaan dalam akta berkenaan hak cipta diwujudkan bagi membela nasib para karyawan.
01:07Katanya lagi ia perlu sekiranya syarikat AI tempatan dan global disyaki menggunakan karya mereka tanpa persetujuan sebagai data latihan, algorithm, large learning machine, LLM dan sebagainya.
01:19Peserta mula berarak dari pasar seni sekitar jam 10 pagi menuju ke arah dataran merdeka dan bersurai sekitar jam 12.30 tengah hari.
01:27Tema himpunan tahun ini adalah pekerja tiang seri negara, naikkan gaji, bukan bebanan.
01:32Tema Himpunan tahun ini adalah pekerja tiang seri negara, naikkan gaji, bukan bebanan.