Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengesahkan bahawa tindakan penguatkuasaan kini dilaksanakan terhadap individu yang melaksanakan ibadah haji, memasuki atau menetap di Mekah dan kawasan Tanah Suci tanpa permit yang sah.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengesahkan bahawa tindakan penguatkuasaan kini dilaksanakan terhadap individu yang melaksanakan ibadah haji, memasuki atau menetap di Mekah dan juga kawasan tanah suci tanpa permit yang sah.
00:21Jurucakap Kementerian, Klonal Talal bin Shalhub berkata, sesiapa yang didapati melanggar peraturan itu boleh dikenakan denda sehingga 20,000 rial Saudi.
00:32Semasa sesi persidangan komunikasi digital beliau menegaskan, individu yang membantu pelanggaran ini termasuk memohon visa bagi pihak lain menyediakan penangkutan, penempatan dan menyembunyikan serta memberikan sebarang bentuk bantuan boleh didenda sehingga 100,000 rial Saudi.
00:49Pelawat yang tinggal melebihi tempoh sah serta cuba menunaikan haji tanpa permit akan dihantar pulang serta diharamkan daripada memasuki negara itu selama 10 tahun.
01:00Talal turut memberi amaran mengenai penipuan berkaitan perkhidmatan haji seperti penginapan palsu, pengangkutan, penyediaan haiwan korban dan juga penggunaan gelang haji tiruan.