Saifuddin Abdullah menyatakan penubuhan kaukus rentas parti melibatkan ADUN dan CSO mampu memperkukuh reformasi institusi serta mematangkan budaya politik di peringkat negeri.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pendubuhan Kaukes Demokrasi Pelbagai Parti KDPP disifatkan sebagai pemangkin penting dalam memperkukuh agenda reformasi institusi di peringkat negeri.
00:09Datuk Seri Saifuddin Abdullah menegaskan kewujudan kaukes rentas parti seperti KDPP berpotensi besar untuk memperbaiki struktur dan proses membuat keputusan, termasuk dalam penggubalan undang-undang dan pelaksanaan dasar pentadbiran negeri.
00:23Menurut Saifuddin, KDPP memainkan peranan utama dalam reformasi institusi kerana ia dapat memperkemas proses pembentukan undang-undang, pakturan dan pelbagai keputusan pentadbiran secara lebih sistematik dan inklusif.
00:39Tambah beliau, kewujudan KDPP turut melengkapi pelbagai inisiatif reformasi parlimen yang diperkenalkan sejak tahun 2018 seperti Jatuan Kuasa Pilihan Khas JKPK, Kaukes Parlimen dan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia, APPGM.
00:55KDPP kini dianggotai oleh 8 ahli Dewan Undangan Negeri adun daripada 5 negeri serta turut melibatkan 3 organisasi masyarakat sivil CSO sebagai rakan strategik dalam pelaksanaan agenda reformasi.
01:07Sekretariat KDPP dikenalikan secara bersama oleh Gabungan Pilihan Naya Bersih dan Adil Bersih dan Institut Demokrasi dan Hal Ewan Ekonomi IDEAS bagi memastikan operasi yang bebas, telus dan berasaskan penyelidikan.
01:21Fokus utama KDPP meliputi isu penting seperti pengagihan peruntukan pembangunan kawasan CDF secara adil, pembaharuan sistem pendanaan politik dan memperkukuhkan mekanisme semak dan imbang antara parti.